Thursday 30 June 2011

30-JUN-2011

ako berharap
akan ada keajaiban yg berlaku hari ini
ako berharap
dia akan tahu untuk kali ini
ako berharap
dia akan memberikan sesuatu hari ini
ako berharap
harapan ako tak palsu
ako tunggu ...


.....lagi....

30-JUN-1989

alhamdullilah
aku bersujud memberi kesyukuran padaMU
bertambah lagi usia ku ya tuhan
bertambah lagi tanggungjawab ku
terima kasih tuhan ,
kau berikan lagi aku peluang meniti kehidupan ini .

terima kasih
mak tersayang melahirkan aku
sesungguhnya kau lah bunga hati aku

terima kasih rakan rakan teman taulan
ucapan kalian paling bermakna kala ini .

terima kasih isi bumi , bulan dan matahari seluruhnya .

Sunday 26 June 2011

kata dia

"tak berkawan dengan kenangan"



-mr. kay-

aku berharap aku bukan dari salah satu kenangan beliau . aku mahu sentiasa jadi yang semasa .

Friday 24 June 2011

bulan dan matahari

bulan seakan senyum kepada aku sewaktu aku menatap dia di penghujung dinihari itu . bulan seakan melambai aku dari jauh menandakan dia sudah tamat waktu pekerjaannya menemani aku . kini sang mentari akan muncul mengambil ganti . garang nya matahari tapi masih sudi menemani aku . munculnya mentari beredarnya bulan sambil disaksikan langit dan awan . aku menatap semuanya . indah sungguh aturan mu ya tuhan . dadah yang aku ambil masih belum dapat membantu melumpuhkan perit ku . tapi tetap aku masih bertahan . aku harap aku takkan jemu bertahan . biar aku dapat melambai bulan dan menyambut mentari datang pada setiap hari yang hadapan . terima kasih tuhan .

Thursday 23 June 2011

tahniah

dia baru dapat sayap baru .
dia bakal terbang makin jauh
jauh dari aku .

aku masih tunggu .
tetap .

sampai

semalam aku rindu dia
dia taktahu
semalam aku cemburu dgn dia
dia taktahu
semalam aku sedeh dgn dia
dia taktahu
semalam aku tunggu dia
dia taktahu

arini aku rindu lagi
dia taktahu lagi

sampai bila dia nak tahu?
sampai bila aku nak
tunggu?
tunggu?
tunggu?
tunggu?
tunggu?
tunggu?

sampai dia tahu ...
cinta dalam hati aku ..
sampai dia tolak cinta aku ..

Wednesday 22 June 2011

?

cinta itu mistik , semistik hantu dalam dalam jangan pandang belakang , seabstrak movie hollow man dan sakarstik seperti cerita muallaf . aku amati cinta itu , ianya sungguh sungguh bahaya . yakni sekali si polan mendekati cinta , hidupnya akan dihantui terus menerus , cinta seperti satu halimunan yang sentiasa mengikuti diri yang mendekatinya dan sentiasa sakarstik untuk di miliki . sekali kau menghampiri cinta tersebut kau seperti membawa satu beban di belakang bahu .
cinta , perlukah aku ?

Sunday 19 June 2011

selamat hari bapa , mak .

SELAMAT HARI BAPA .

dari aku untuk
mak yang aku cinta sungguh sungguh .
yang membesarkan aku menggantikan insan yang bergelar bapak .

kemudian untuk
semua bapa bapa seluruh dunia
yang tak mengecewakan anak bini nya
yang tak melupakan anak bini nya
yang tak memalatkan anak bini nya
yang tak mengabaikan anak bini nya
yang tak merosakkan hidup anak bini nya .

untuk bapa yang benar benar bergelar bapa bukan sekadar panggilan
selamat hari bapa aku ucapkan .

pemuja rahsia



ungu - percaya padaku

aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu

seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

reff:
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)

agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

repeat reff

tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

repeat reff

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku



pembakar

wujud dan hilang , datang dan pergi
itu dia bahagia .
siapa kata bahagia selamanya ada ?
mungkin dia biasa dengan cerita dongeng .

berputar seperti roda , bergerak beturutan seperti jam
itu dia kejayaan .
siapa kata kejayaan selamanya milik dia ?
mungkin dia lupa akan lumrah dunia .

dua dua aku percaya , dua dua aku rasa
jatuh bangun , sakit segar , seksa gembira ,
semua ada dalam buku sejarah hidup aku
kau selak satu satu kau teliti sampai jumpa .

bila kalah memang pedih tapi nak mengalah memang payah .

karat

penantian satu penyeksaan .
siapa aku ?
si setia yang percaya pada jodoh
atau
si bodoh yang dungu mengharapkan jodoh ?



sadis

kalau keputusan keluar je ,`mula lah entri nak sedeh sedeh serupa bini mati laki , kucing mati anak dan ape ape jua keadaan yang sedeh la . aku memang sentiasa sedeh la tengok keputusan memandangkan keputusan aku belum mencapai tahap yang aku idamkan . tapi sedeh lebih kat sem nie sebab ade beban besar nak kene bawak sem depan . haiyoh , kene banyak cekalkan hati kuatkan minda nie , kalau tak alamat berabuk dalam kotak hati jela angan angan aku tue nanti . takpe takpe , kau jangan nak sedeh sangat cma oi , usaha kau belum cukup je tue . tenang tenang . teringat kata kata along kadang kadang ..

"keputusan tue satu kenyataan , kau check cepat atau lambat pon mende tue memang dah tertulis . kau kenelah terima sebab mende tue usaha kau . jangan menyesal tapi kene geram untuk buat penambahbaikan . kau kene ingat , xde istilah good luck sbb luck only comes upon your well-prepared ."

thanks along . I LOVE YOU . aku tak rase kekurangan apa apa sebab kau ada . terima kasih . aku pasti akan jadi hebat macam kau , satu hari nanti . AMIN .

Wednesday 15 June 2011

monolog

hari hari makin sayu
aku pon bertambah layu
kalau ada baja yang boleh diguna
dah lama aku telan semuanya


menulis memang medium paling hebat
setiap hari aku menulis
dan aku seperti mengoyak
kuping kuping luka yang semakin kering
dan aku kumpulkan kuping kuping tersebut di dalam kotak emas
aku simpan di dalam peti
moga ia jadi kenangan di masa hadapan .


kalau dahulu aku menulis kerana emosi
dan kini menulis sebagai satu aktiviti tambahan
senaman untuk jari jari aku yang makin malas
dan kadangkala untuk insan insan tertentu
menulis menulis dan menulis
aku tak jemu , aku puas .

Monday 13 June 2011

semalam ribut , hari ini apa ?

semalam aku menggila . sawan taktentu hala .
kesian en.anda , terpaksa menjadi mangsa di tengah malam buta ,kan ?
terima kasih pada en.anda , nasihat en.anda selalunya buat aku bersemangat paling membara .
mana mungkin aku tak sayang dan makin cinta insan seperti en.anda , humm .....



maafkan aku wahai bulan matahari bintang ku .
aku terpaksa membuat pilihan begini atas rencana yang terjadi.
maafkan aku wahai penyeri ceria awan gembira ku.
aku terpaksa bukan kerana aku rela .



sahabatku kawan ku telinga pendengar setia ku.
mungkin aku terluka kecewa tapi tak bertanda
mungkin aku gusar terasa tapi tak bersuara
mungkin aku sakit pedih tapi tak mengaduh
dan mungkin itu bukan mungkin .
sahabat sejati kalau kau masih ,
aku harap kau kembali pulih .



wahai hati kau tenanglah ,
aku biarkan kau mencari ruangmu
wahai hati kau senyumlah
aku biarkan kau keluar dari dukamu
wahai hati kau sabarlah
aku akan pastikan ini sementara.




dan sekarang ......
perlu berehat , mencari sedikit ruang ketenangan . senyum ....


fak-ta-au-ta

Cinta tak pernah putus,cinta hanya terhenti. Cepat-cepat tekan button play semula!


-terfaktab-



itu kata terfaktab dalam blog terfaktab . tapi aku rase , cinta terhenti dan boleh hilang perlahan lahan . dan yang kekal hanya memori . jadi kalau aku tekan butang play sekarang yang tinggal hanya sakit di hati dan memori . mungkin ...

entri kool

paling sial
kalau kau dapat hidu semua tahi yang oranglain sorok belakang kau !
cukup sial aku rase .

kau pernah ?

rasa ditembak tapi tak berdarah
rasa sakit tapi tak berpunca
rasa kecewa tapi tak terungkap
rasa di tikam tapi tanpa pisau nya
rasa di maki tapi tanpa suara
rasa duka tapi tak berair mata

rasa yang berbagai rasa ....
tapi hanya kerana seorang manusia

pilih

kalau di tanya kepada aku
apa yang paling sukar ?
aku jawab - membuat pilihan
pilihan - mengambil satu keputusan antara beberapa jalan yg diberi

kalau ako diberi peluang
aku takkan memilih.
aku akan simpan semuanya
kerna aku sayang dan aku kasih semuanya

maafkan aku
terpaksa memilih

Sunday 12 June 2011

awak sedar tak ?

semakin hari semakin cinta
awak sedar tak ?

semakin hari semakin sayang
awak sedar tak ?

semakin hari semakin rindu
awak sedar tak ?

semakin hari semakin perlu
awak sedar tak ?

semakin hari semakin keliru
awak sedar tak ?

awak , saya semakin cinta sayang rindu perlu dan keliru dengan awak . kenapa awak memberi harapan palsu kalau awak takperlukan saya ? saya rela mencinta awak dalam diam . jangan perlaku saya begini . jangan pura pura macam awak taktahu dalam hati saya ada awak . awak jangan layan saya macam ni wak , nanti saya keliru awak . saya tahu awak tak cinta sayang rindu perlu saya . sedikit pon tak . jadi hentikan lah . jangan buat saya kecewa nanti . saya takmahu hati ini pecah lagi. saya taklarat nak tahan sakit lagi wak .