Monday 30 April 2012

mari melawat malaysia

yang tua rasa sangat matang
yang muda rasa sangat gagah
yang berpengaruh rasa sangat diangkat
yang ramai ramai rasa sangat .. ahhhh

elok elok tenang kau bikin tegang
dari aman kau cipta perang
kau ke kau orang semua ke mereka
eh entah ..
yang penting aku tak ikut sama .

rasa tidak selamat
rasa yang tidak selesa
rasa geram tidak tenteram
rasa masam masin menyampah

negara sendiri dah macam istana takeshi
sini bahaya , sana mencabar ,
depan halangan , belakang tak selamat
habis ,
mana tempat selamat selesa
kalau bukan tanah tumpah sendiri ?

Monday 23 April 2012

kita bukan jutawan

kita bukan orang kaya
ada rumah mewah
kete besar moto besar
kita bukan orang kaya
ade duit juta juta
orang gaji dua tiga
kita bukan orang kaya
kita orang miskin
kita orang miskin yang dapat duit lebih sikit

buat apa bangga kalau masih tagih ihsan ? 

Thursday 12 April 2012

# 11 APR 2012

" i try to be strong, but nothing "







perhaps u need someone , 
like i do need someone   
to make me strong   
tho , 
that someone never   
need me at all   

aku juga tak tahu

aku suka tapi tidak tersenyum pula
aku terharu tapi bukan dengan air mata
aku tersentuh tapi tidak tentu rasa nya
aku di awang tapi bukan cinta
aku terpempam tapi tidak shocked riaknya
aku begini aku begitu tapi aku tak tahu
hati rasa sesuatu yang kompleks
sekompleks ikatan DNA
membuat aku teraba raba
mencari yang sebenar

rasa suka atau cinta ?
atau kosong sebenarnya ?

mungkin tak seperti dulu , siapa tahu .

tanda soal ?

dan tetaplah kau menjadi yang terindah
walau hadir nya tidak lah berkala
mewarna titik titik gelap yang suram
seolah olah pelangi selepas hujan
tapi malangnya kau sering hilang
bukan kuasa aku untuk menahan
bukan niat aku untuk membiar
sayang aku sentiasa utuh
kalau cinta juga tak pernah luntur
tapi kuasa manusia berbedung hak
kau bukan hak aku
dan itu batasan paling nyata sekali
permasalahan perasaan menjadi tanda tanya
ketidakadilan dalam bersuara menjadi buruksangka
ketelanjuran berperasaan menjadi punca
yang bersalah tetap bersalah
yang keliru tetap membisu
tujuan tak sampai matlamat kerana maksud tidak disirat
bukan niat untuk membatu
tapi faktor waktu menghalang langkah
tapi manusia jugak tidak boleh terlalu terbuka
seolah memberi ruang untuk berkongsi rasa
kekliruan aku yang menjadi dosa
atau rasa yang berbeda yang menjadi punca
kau terus dengan bayangan khayalan
umpama ninja memburu mangsa
tidak kelihatan tapi mampu dirasa
salah aku yang tidak tahu menilai rasa
sehingga salah percaturan hati
tapi manusia tidak menuntut ilmu hati
hanya pelajaran am dalam diri
jadi siapa yang patut diberi tanda tanya
simbol soal sebenar milik siapa ?

Sunday 8 April 2012

aku bangang , sekian

tak ada banyak beza nya kitaran yang aku ada
dulu macam ni , sekarang pon begini lagi
masih sama semuanya tak ada beza
cuma aku makin malas
cepat terasa cepat terluka
dah makin tua agaknya
aku benci hubungan yang terlalu baik
aku taksuka ada feeling lebih
aku masih seorang yang cepat perasan
masih berfikir dasyat untuk yang simple
aku masih berKBKK untuk paham sesuatu
aku masih buntu untuk tahu yang baru
aku masih bodoh nak paham pasal hati
masih suka menyakitkan hati sendiri
masih bangang mainkan perasaan sendiri
masa mematangkan manusia sepatutnya
tapi aku konpius dengan ketidakmatangan aku
walau masa dah berjalan lama aku masih tidak matang
aku masih yang paling bangang
nak paham orang suka ke tak suka
orang menyampah ke gembira
terasa bangang makin bertambah gamaknya
aku bangang , sekian .

superhero me

 i try to be nothing , but strong .

Thursday 5 April 2012

tanah ku disko mu

marahkan nyamuk kelambu di bakar ,
disebabkan dungu kaum sendiri di cabar
kuman di seberang nampak terang , gajah di depan xdipandang ,
marahkan orang serupa ahli syurga padahal sendiri tidak bermoral .
melayu jangan lawan melayu , tapi tumbuklah melayu
melayu jangan kau buat dosa , tapi bina lah tempat zina
melayu jangan kau hisap dadah , tapi kau edarlah dadah
melayu kau jangan minum arak , tapi kau bukak lah kedai arak
dipanggil bodoh kau marah , dipanggil bijak kau menyalak
tanah yang mundur mau di maju ,
yang menghuni dianggap mati ,
yang ditindas kau pandang lepas ,
yang membantu kau baling batu ,
yang menghina kau angkat nama ,
siapa yang buta ?
buta mata atau dibutakan hati?
nampak duit kau jadi pelesit ,
gila darah gila duit
orang lain kau himpit himpit , kalau boleh kau pijak lenyek
ini kampung melayu , semua kau nak ambik ,
ini tempat melayu , melayu bodoh semua kau pancing ,
melayu bodoh kau jadikan anjing
anjing belaan yang kau boleh jentik jentik
kampung ini , tanah maju kau ,
tanah ini , disko kau ,
tanah ini , kasino kau ,
nanti ...

Tuesday 3 April 2012

mana dia ? entah .

manusia datang dan pergi
itu hakikat dunia , aku tak kisah .
dia juga datang dan pergi
cuma hakikatnya aku sangat kisah
kelibat dia semakin tak kelihatan
sesi pencarian yang aku buat pon tak berjaya
dia seperti hilang ke alam bunian
diam tak bersuara
sunyi tak berkhabar berita
kadang terasa seperti aku perlu guna ilmu hitam
mintak tolong dengan bola ajaib
tunjuk tempat letak dia yang hilang
aku terpikir pelbagai cara yang luar akal
angan aku kuat nak mintak dia kembali datang
aku jampi jampi aku buat semua
dia tetap tak muncul muncul lagi
mana dia pergi ?
dia hilang atau menghilang ?
dia meninggalkan atau melupakan ?
dia membenci boleh jadi .

jangan jatuh dulu

berbicara tentang cinta , bagi aku kosong
berbicara tentang pandang pertama , bagi aku bohong
berbicara tentang sehidup semati , bagi aku dongeng
berbicara tentang kekal abadi , bagi aku gosip liar semata

aku tak percaya semua
bukan sebab aku gila
bukan sebab aku tak cinta kaum adam
bukan sebab aku pernah terluka
bukan sebab siapa siapa

aku cuma belum sedia untuk jatuh
sebab jatuh itu sangat sakit , kawan .