Saturday 20 October 2012

#takhabis

hati kental mana yang mampu
bila diuji dengan permainan kasih
yang gagah juga bisa tindas
yang handal juga bakal lumpuh

berjudi kasih pada yang sudi
tergadai maruah melacur budi
yang dibayar hanyalah sakit hati
yang di galas hanyalah caci maki

hati rapuh yang mengharap teman
diapung resah yang tak berpenghujung
yang menghulur kasih pasti diagung
yang memimpin tangan pasti disanjung



Friday 19 October 2012

#keliru.

perasaan yang asing  yang datang dan pergi sesuka hati. aku tak pernah menghalang ianya datang cuma ada ketikanya aku merasakan kegusaran yang melampau kerana takmampu untuk menghalau rasa itu dari muncul lagi. malu rasanya menjatuhkan maruah untuk mencari kata kata semangat untuk membantu memilih jalan terbaik untuk mengadili rasa asing ini. bagaimana rasanya kalau rasa asing ini aku hantarkan teus kepada siapa ia sepaptutnya aku sampaikan. persoalannya mampukah aku? bersediakah aku seandainya apa yang bakal aku terima nanti tidak sama seperti yang terjadi di dalam mimpi mimpi yang pernah mengganggu waktu tidur aku? terlalu banyak yang mnjadi soalan sebenarnya. bukan sekadar soalan tehadap diri ku malahan terhadap dirinya juga. mampukah dia terima rasa asing ini dengan terbuka hati atau dia akan melompat terkejut lalu lari menghilang di dalam ramai .aku takmahu hilang seorang teman yang baik seperti dia. aku mahu terus berteman. terus bersama terus rasa gembira. walau sebenarnya dia hanya ada kadangkala tapi bagi aku itu sudah cukup. sungguh aku tak tipu.Ya Allah ,kau bantulah aku dalam membuat pilihan yang paling tepat. aku sungguh keliru Ya Allah.

Sunday 14 October 2012

#untuk sekelumit rasa yang masih bersisa.

untuk sekelumit rasa yang masih bersisa
aku harap kau statik lah seperti seadanya
aku harap kau tidak akan menjalar
menyerang rongga rongga yang lainnya
tidak akan menembusi sekelian urat dan nadi
dan tidak meracuni akal dan minda

untuk sekelumit rasa yang masih bersisa
cukuplah aku relakan kau muncul sekali sekala
membuat akal kecamuk hati xtenteram
kau statik lah seperti seadanya
menanti tarikh luput untuk kau mereput

untuk sekelumit rasa yang masih bersisa
tahun tahun yang berlalu mungkin tak cukup untuk kau
jadi aku benarkan kau menghuni
tak kuasa nak menghalau , tak kuasa nak peduli
jadi harapan aku yang terakhirnya
kau statik lah , seperti seadanya .




n/k : aku harap kau akan melonjak meronta hanya pada sepuluh.oktober.

# tamak

kalau kau dapat darjat , jangan kau cepat sangat rasa hebat
kalau kau dapat darjat , jangan mudah rasa gayat
manusia berhemat , terima pangkat dengan rasa berat
manusia hebat , terima arahan dengan hati yang rendah

jangan terlalu bangga bila ada di atas
takut lupa jalan ke bawah
jangan terlalu selesa ada di atas
takut tak jumpa duduk asal mula

belajarlah wahai manusia ,
darjat yang kau pegang ,
pangkat yang kau tatang ,
semua kayu pengukur tahan teguhnya iman ,
yang dibahu sebenarnya amanat , bukan pingat
yang kau pikul tanggungjawab bukan untuk mencapap


bila tiba masa , kau akan turun takhta .
dan kala itu kau mula lupa
manisnya rasa berada di bawah .


Saturday 6 October 2012

# 06/10

aku mahu bahagia
bahagia yang damai tenang
tak di ekori jalan cerita semalam .
aku mahu sentiasa girang
ketawa dengan bebas dan lapang
tak memikirkan sedihnya kelukaan
aku mahu sentiasa berteman
bersama sentiasa tanpa gusar
aku mahu jadi yang paling
gembira , bahagia , damai ceria
aku mahu yang infiniti
tolong jangan berikan aku pecahan
aku hanya mahu 1 infiniti
rigid di situ .

Monday 1 October 2012

# sendiri

dan yang bahagia itu
sememangnya bukan untuk selamanya
jalan yang panjang
harus kau isi dengan rasa rasa yang lain nya
maka jangan di marah pada takdir perpisahan
kau beranikan untuk melangkah
dan sapukan cecair yang terus mengalir itu
yakinkan hati , perlahan lahan akan kau temui


cweyh- aku cuba untuk melangkah layu .