Monday 26 August 2013

# subuh

menanti subuh yang terasa jauh
kerana memperingati orang yang jauh
jauh dari pandangan
jauh dari gapaian
dekat dia di hati aku
jauh aku di hati dia
pasrah yang direka
redha yang tak seberapa
hati terkoyak berluka kering
dibiar lama tak kebah masih
sakit terkadang ditahan sendiri
mampu untuk sampai bila
aku hitung terus mengira

# mukabaru

aku muka baru , kau muka lama
aku budak baru , kau budak lama
tak apa lah aku tak kesah

kita melayu sama bangsa
kau orang bandar
aku orang kampung
tak apalah aku tak kesah

belajar tak tinggi mana
aku pon sikit lebih kurang sama
tapi hormat dan adab jangan lupa
tak apalah kalau kau tak kesah

tapi aku kesah.

jadi melayu biar beradap
jangan mudah melatah bila diatas
dulu awal jejak kau dibawah juga
yang baru bakal ke atas
yang lama takkan nak dicantas
hormat sikit tak jatuh pangkat
biar kurang belajar
jangan kurang ajar


                      #typical malaysian.

Tuesday 2 July 2013

#pagi

pagi yg ceria .
bersama tersayang disisi

indah bukan?

Monday 24 June 2013

# blues malam

"cma ,  awak baik move on je . jangan tunggu saya "





pelizz, ckp tu je kat aku. 



Sunday 26 May 2013

#sendu bodi

kadang terkecik hati
tapi muka masih mantain
control tayang gigi

kadang memang kecik hati
tapi pikir member2 relex
malas nak panjang story

kadang kecik ati
tapi buat buat kebal
xhirau kanan kiri

gua memang dah slalu
kecik hati makan hati
member pon slalu xprasan
gua buat rilex
tapi kadang tusuk dalam jugak
gua rase macam sendu satu bodi


Thursday 11 April 2013

mati

anggap sahaja
aku sudah mati
kubur aku jangan engkau cari
jasad aku jangan engkau nanti
anggap sahaja
aku sudah mati

kau yang berhati kecil
tak perlu mencari
tak perlu menanti
biarkan aku mati
mati dari bergantung di pohonan ini


Friday 5 April 2013

bayangkan aku hilang dan terus menjauh


Wednesday 3 April 2013

friendsforbenefits

aku ada dua muka sahaja
bila aku berkawan

satu muka aku waktu aku emo
satu lagi muka bila mintak tolong

aku ada dua muka sahaja
jadi
jangan suruh aku senyum .

Tuesday 19 March 2013

# fyp

ketawalah selagi kau mampu
seronoklah selagi kau mampu
dan lupakan semua yang di sisi
dan lupakan semua yang menemani
campak kan mereka jauh jauh
dan terus tenggelam dengan dunia sendiri
ketepikan pelampung nyawa
yang bakal membantu mu
jangan endahkan semua
teruskan jadi bongkak
dan menanti saat kau untuk lemas
mati .


fyp  , 2013

Thursday 28 February 2013

versus

realiti yang jalan nya samar , gelap kurang cahaya..
atau
ilusi yang jalanya lurus dan lebih cahaya ..

aku memilih menjadi realistik.

#kalaukalau

kalau nanti aku....
tak mampulagi kejut kau pagi hari ,
tak sempat lagi masak breakfast atau roti ,
terlepas untuk iron baju atau siapkan topi
masih mampu tak kau terus suka aku

kalau nanti aku...
tak dapat lagi tunggu kau balik kerja depan pintu  
tak larat lagi teman kau makan di ruang tamu
tak daya lagi dodoi kau sampai dapat mimpi
masih mahu kah kau sayangkan aku ?

kalau nanti kita jauh jarak antara 2 diri
kita tak lagi ketemu hari hari
sms bila masing masing tak bizi
berapa guni rindu yang kau boleh beri ?

tapi satu aku rungsing,
masih kuatkah nanti cinta kau dalam hati ?

Wednesday 27 February 2013

# rabu

berteman malam yang tanpa bintang
merindukan insan yang jauh dari capaian
memerhati ke bulan ,
bersama sama- dari jauh ..

aduh , sungguh aku rindu

Sunday 3 February 2013

# xbape random

merindukan moment moment bersama yang tersayang . makan kenyang kenyang dan karok senang lenang . kadang sendiri tertanya kalau silap besar aku dah singkap . susah untuk mencarik kat mana punya lagik susah nak tahu cemana nak selesai . boleh buntu tak tidur malam sebab rasa salah makan diri . pikir punye pikir . sedar sedar jarak makin besar . silap kecik dah jumpe tapi nampak macam bernanah makan daging jadi busuk pulak . sakit makin kuat , kene carik ubat dengan segera . tersepit cmana pon perlu klua carik ruang betulkan keadaan . yang kawan tetap tersayang . yang dikasih tetap setia . semuanya kene seiring . takkan nak jadi bacul hilang kawan, hilang hidup . sayang semuanya tak sama level beza2 tp ikhlas itu wajib kene ada . jadik cepat2 carik jalan korek lubang balik ke tempat duduk asal kalau kalau boleh betulkan mana mana yang nampak sumbang sekarang .

Friday 1 February 2013

# lalu maka

serasanya aku penat ...
penat berharap .
penat mengharap .
penat untuk menyayangi .
penat sungguh ,

sebelumnya keajaiban berlaku ..

datang dia lalu berbisik ....


"sayanglah pada saya seorang ,
 takperlu pada orang lain "

lalu ......................
lembaran lama dikoyak ....


# ratu

duduk bersama menghabiskan spageti
malam yang manis
malam yang bakal aku habiskan setiap harinya
menanti dia pulang dari kerja dengan senyuman
atau mungkin dalam keadaan ketiduran
yang penting pulangnya dia tetap dengan senyuman

manis . aku rasakan manis yang menjalar di seluruh urat saraf ku
hadirnya dia membawakan sesuatu
rasa yang berbeda semngat yang baru
membuatklan aku mahu meneruskan langkah tanpa henti

masa bjalan laju , bersama dia
seberapa jauh langkah yang kami ada ?
seberapa masa yang kami punya ?

Saturday 19 January 2013

# sesuatu

rasa nya menjalar lagi

tak keruan bila ketemu

rindu bertandang bila tak sua wajah

rasa apa kah yang janggal ini ?

benar atau salah ?


-2013 .

Tuesday 15 January 2013

# benar kah ?

It doesn't hurt because if you keep hurting the same part of you again and again and again, the nerve endings all die. And when that happens, that part of you goes numb. That's why it doesn't hurt. Don't be proud of it.






tapi kenapa aku masih merasakan kesakitan itu ? pedih dan sentiasa menjalar di seluruh urat dan saraf.

# teruskan

carry on

please wahai diri

tolong tutup mata dari segala yang kau intai

dari segala yang kau nampak

senyum sahaja dan pandang ke hadapan 

Monday 14 January 2013

# dua



dia  ,
ilusi dalam realiti aku .

tapi ,

cinta dan rasa untuk dia
adalah kejujuran
dari 
realiti seorang aku .

# satu

dia yang selalu menemani tidur aku
dia yang selalu ada di dinding tepi ranjangku
dia yang menamani siang bosan aku
dia yang selalu ada untuk aku

dia  ,
ilusi dalam realiti aku  .


Wednesday 9 January 2013

# persediaan 1

setitis airmata permaisuri
yang kau titiskan hari ini
bakal membawa segunung penyesalan
kepada kau yang kalah sebenarnya
seguni dosa yang kau pikul
bakal menambah beban di bahu mu
bahu kotor yang kau punya
manusia yang tidak mengenal erti penyesalan
jangan pernah mendambakan kasih
bersihkan hati kotor itu
dengan tangisan taubat
dengan ampunan yang ikhlas
jangan buat mereka terus membenci
buktikan jangan hanya mampu
merencana dongeng y aku takperlu

maaf , aku belum sedia .

Tuesday 8 January 2013

# sentuhan-pagi

berdiri menghadap ke laut ,
menghela nafas yang paling panjang ,
paling dalam ....dan lepaskan perlahan
menghirup udara pagi yang nyaman
menarik aura dari angin yang menyentuh pipi
menghirup tenaga dari kerasnya deruan ombak
semuanya kelihatan tenang , menyembunyikan buruknya cuaca
sama tenangnya airmuka ini
menutup bencana dalam hati
dan melirikkan senyuman sekadar ikhlas
dan memandang terus ke hadapan

dongak sedikit menghadap ke langit
cantik birunya , indah gebu putihnya awan
damai yang di capai sangat maksimum
tapi sayanghanya sementara
jiwa yang serabut akan kembali jua
tak mengapa , memujuk hati agar tenang jua
menutup rajuk tak ingin pulang

kalau koyak pon hati ini
hanya ilahi yang mengerti
kalau luluh pon hati ini
hanya di atas yang fahami
bukan sekeliling yang bermadah peri
bukan sekeliling yang berkata sama simetri
tiada apa yang mampu mencapai erti

dugaan yang terbentang semakin berduri
menduga diri bertahan untuk berdiri
aku cuba untuk gagah
aku cuba , aku janji sendiri
apakah aku bersedia kali ini ?
jawapan nya aku takpasti
tapi adakah jawapan pilihan untuk aku beri ?
samar samar samar samar
semuanya makin hambar ....

#koyak

gua memang malas
tak bergaul dipanggil sombong
dah bergaul gua dicop tomboi
gua memang malas
tak ditegur kata biadap
dah ditegur dicop gua xpandai bergaul
gua memang malas
malas nak bercakap
malas dah gua nak bercampur
ape boleh bikin ?
hati koyak sudah bhaiii ..

Monday 7 January 2013

# pertolongan

friendship .

define me friendship .

relationship .

define me relationship.

suka .

ape ertinya suka ?

sayang.

ape ertinya sayang ?

cinta . 

ape ertinya cinta ? 

tolong aku dalam menemui erti daripada setiap itu . 

# keluh

paling penat dan meletihkan 
seluruh urat urat dan minda waras manusia
paling menjenuhkan paling menjemukan
tapi tetap juga dikerjain manusia

sayang....
perkara paling meletihkan aku tika ini
entah kenapa rasa ini singgah dalam dada
sungguh , sayang memenatkan aku
apatah lagi menanti yang tersayang 
datang menghulurkan tangan
dan merasakan perkara sama.......

semuanya samar ...
semuanya memenatkan...

Friday 4 January 2013

#hometown

keindahan paling maksimum .
keamanan minda paling maksimum
bila kita berada di istana sendiri
istana di kampung halaman bro



terbaekkk !