Monday 14 July 2014

#lagu dalam hati

Tuhan.. Jagakan dia .. 
Jauhi dari luka dan cela..
Hindari dari sakit dan duka..
Elakkam dari segala bencana..
Tuhan.. Meski dia bukan kekasih..
Dia bukan untuk diri ini..
Jauh lagi untuk memiliki..
Biar dia dekat di hati namun 
Bukan yang mampu aku gapai..
Tuhan..
Sungguh hati ini sayang akannya..
Terlalu aku cinta pada dia..
Dalamnya rasa yang sentiasa merinduinya..
Tuhan..
Ampuni aku yang hina ini
Terbahagi kasih yang harus utuh untuk yang satu
Tapi aku yakin
Kau jua yang lebih mengerti...

Saturday 12 July 2014

# pertama - selepas.

lama aku tak menaip..menulis..bermanis kata atau bermanis mulut..blog sunyi..aku pun sunyi juga..cuba untuk membina sesuatu dengan menghentikan sesuatu..tapi itukan menipu namanya..terkadang bila terfikir,terasa mahu aku tulis semua yang terlintas..yang membebankan hati..tapi aku takut emosi dan tulisan membawa aku semakin jauh..jadi aku memilih untuk menjauh dari nota koyak..biarlah hati ini berehat..berikan kelapangan kepada hati yang senantiasa sedih duka ini..meneropong jauh ke post post yang lama,yang kadang ayat isinya asing bagi aku..sungguh kadang terkeliru jika benar penulisnya itu aku..tapi siapa lagi kalau bukan aku? terasa bedanya diri yang dulu dan sekarang..yang sering luka dan kecewa dulunya..yang lebih endah dan kesah dulunya..sekarang menjadi diri yang hambar yang kurang sensitif akan sekitarnya..entahlah,manusia berubah kerana impak..impak yang terjadi dalam hidupnya..dan aku juga begitu..cuma aku harapkan impak yang ini akan membawa cas cas positif kepada aku..insyaAllah..

## masih belum

maafkan aku ,
kerana masih tak mampu tabur wang beribu ribu
tak ada emas atau barang kemas yang penuh batu
hujung bulan masih tertekan mencari wang
simpanan goyang terpaksa gadaikan

bila makanan terkadang dicatu
nak bajet duit menunggu gaji baru
belum masuk janji2 manis bulan yang dulu
semua tinggal air liur di mulut..