Saturday 21 July 2012

#

tarik nafas perlahan , lalu lepaskan
aku lelapkan mata untuk berkata kata
agar terselam ke akar ikhlas nya
tidak pernah aku niatkan untuk berkongsi nasib
tapi nasib yang tertulis untuk aku berkongsi sepi
diam , sunyi  , tidak ada bunyian - mati
malam semakin pekat membawa suram
hilangnya rasa dalam samar
lalu mematikan kata kata yang berantak mulanya
hanya ditemani salakan anjing
deruan angin yang menggigit tulang
membawa tenggelam nya jauh
ke dalam samar khayal
dan yang menyepi semakin enyah
menyelubungi diri seperti jelaga pekat
dan aku terus dipaku
cuba mengangkat kaki berlari
mengejar - sesuatu .

Friday 20 July 2012

.benar

Walaupun mesej kau singkat,
walaupon mesej kau kurang ikhlas,
walaupon mesej kau hanya plagiat,
walaupon apa aja yg negatif,
aku tetap tunggu balasan kau,
tetap aku senyum sampai telinga,
walau hanya 'tq'
Sesungguhnya,
aku benar benar rindu kau.







 - khairul .

kisahnye

Kehidupan walau pahit mane pon memang harus diteruskan kosong mane poket , jelik mane perjalanan ia masih perlu teruskan hidup itu satu perjuangan , satu peperangan peperangan kita untuk mendapatkan satu hidup hidup yang di rebut oleh semua orang diidamkan siang dan malam tidur dan jaga Dimana satu hidup yang indah gemerlapan penuh harta disinari bahagia maka itu kita berjuang , maka itu kita berperang melayu- bangsa yang sgt kuat berjuang , kuat berperang oleh itu , melayu menyukai hasad dengki mencintai rasa iri hati kerana melayu sangat kuat berjuang kau, mampu? Hahahaha

Tuesday 17 July 2012

# perasaan

jujur aku merindui dia ,

wahai insan yang J A U H .



 - K .

# selasa

hari hari yang berlalu aku rasa macam tahun tahun yang semakin laju beredar meninggalkan aku . hari hari yang hanya memakan masa puluhan jam seolah berlari laju membawa ribuan tahun yang entah mana jalan kisahnya. aku tidak pasti apakah yang ada dalam minda . itu semua memang dusta . jujurnya hari hari yang berlalu sangat singkat , sesingkat rambut wahid senario, pendek sependek janggut kambing .tapi setiap hari merasa sangat perit . tertanya tanya apakah yang merunsingkan aku sebenarnya? apakah pilihan yang aku buat sebenarnya sedang membunuh perasaan sendiri ? atau ini hanyalah ujian tambahan yang harus aku hadapi ?

C E L A K A

rasa itu datang dan pergi
kadangkala berlegar di dalam minda
berlegar dan terus menetap di kepala
bila dia rasa mahu hilang , dia pergi
dan datang semula membawa celaka
celaka pada minda akal aku
rasanya pedih seperti luka yang ditits garam
sakitnya seperti kulit yang dikoyak koyak
punca nya sangat samar samar
tapi rasanya sangat sangat
C E L A K A

Wednesday 11 July 2012

next time

will do . HAHA


http://d24w6bsrhbeh9d.cloudfront.net/photo/4669645_460s.jpg

ada beza

ada perbezaan diantara kelemahan dan kebangangan .
satu , kelemahan/kekurangan boleh ditutup dengan kelebihan tapi kebangangan takkan boleh ditutup
dua , kebangangan boleh diubah tapi kelemahan/kekurangan selalunya kekal .

aku rasa kalau jual ikan tu satu kebangangan bukan kelemahan/kekurangan .
so boleh tak kau belajar untuk ubah ?

pftttttt !




                                                                                                            n/k : gua benci kawan makan kawan

rawak*

aku taip , aku padam . aku ulang banyak banyak kali . aku taktahu rasa apa yang aku ada. aku nak tulis pasal dia , pasal cinta . tapi aku tak ada . aku tak ada dia , aku tak ada cinta.. lama sangat aku jadi setia . setia pada rasa yang aku sendiri tak kuasa nak endah . rasa suka , rasa rindu rasa selesa yang dibuat buat hanya sebelah diri aku saja. aku rasa aku jahat dengan diri tapi aku sendiri tak boleh kejam dengan hati .akal aku kata berhenti , hati aku kata tunggu lagi.akal atau hati , yang mana lebih menguasai ? buat masa ini aku memilih untuk tidak memilih . mungkin nanti .. ..

Thursday 5 July 2012

penipu - aku

aku sedeh , aku tipu
aku rindu , aku tipu
aku sayang , aku tipu
aku cinta , aku tipu
aku penipu .


4:37 am

renung ke dalam cermin besar itu
lihat diri sendiri ; cuba cari hati
jumpa hati ; keluarkan semuanya
kelongsong nya ada ; isi nya tiada
renung dalam dalam cari punca
hilang sayup jauh ke dalam
masuk dunia hayal ; sesat
isi nya hilang ; ranap kopak
punca apa ?
jatuh jauh lagi ke dalam ilusi
cari jawapan .

manusia berkosa kata

banyak manusia yang sangat pintar berkata kata . pintar memberi pandangan , bijak mengulas . pendek kata bijaksana dalam semua perkara melibatkan kata kata terutamanya kritikan. tapi tak semestinya mereka yang kaya kosakata ini pernah mencuba apa yang mereka perkatakan, ya , memang berkata lebih mudah dari melakukan . aku akui aku juga dalam kelompok manusia yang hanya kaya kosakata tapi jahanam dalam melaksana. itu perkara yang paling manusia tak mahu mangaku mereka juga semuanya sama. mungkin alasan untuk menyedapkan hati orang atau sekadar menasihati boleh menjadi jambatan kukuh untuk terus menjual kosakata kita. tapi siapa kita sebenarnya kita untuk melemparkan hujah hujah yang kadangnya memang langsung tak relevan. kita mengamati dari mata kasar , dari luar lingkaran kejadian. bagaimana pula dengan mereka yang menangggung ? memang takdir itu tertulis , memang manusia juga boleh mengubah takdir mereka sendiri . tapi pernah tak kita timbang imbal perkara perkara yang sentiasa menjadi geseran untuk perubahan itu semua ? jadi kalau masih belum cukup merenung , mengkaji dan mengamati seeloknya baiklah kita kekal diam . berkata hanya bila perlu , lebihkan mendengar . mulut pun tak penat , tekak pun tak kering , tak gitu ? - cw

Wednesday 4 July 2012

:)

 senyum tak perlu kata apa apa .

Sunday 1 July 2012

matilah kau

aku ukir senyum nipis aku padam semua
aku koyak lagi bibir aku buang semua
aku tahankan senyum agar lekat di bibir
aku kumpulkan semua , sisa yang ada
aku campak satu sudut ; bertimbun
aku campakkan api ; kecil semakin marak
dan kau terbakar bersama itu semua
matilah kau akhirnya ; dibunuh aku .