Sunday 10 August 2014

#koyakhati

Sungguh,
Hati ini masih terketar bila menatap kamu
Yakni gambar sekecil itu pun
Kau masih membuat aku kaku
Allah,kuatkanlah hambamu ini..

Sungguh,
Allah,kau sedarkanlah hati ini
Kau usaikan lah rasa ini
Jika benar jodoh ini bukan milik aku
Kau hapuskanlah zarah cinta ini
Biar lenyap tak tiggal satu pun

Sungguh,
Memang sukar hilangkan kamu
Sangat sukar melupaimu
Tapi percayalah bahawa aku
Sentiasa mencuba sekuat tenagaku

..

Monday 14 July 2014

#lagu dalam hati

Tuhan.. Jagakan dia .. 
Jauhi dari luka dan cela..
Hindari dari sakit dan duka..
Elakkam dari segala bencana..
Tuhan.. Meski dia bukan kekasih..
Dia bukan untuk diri ini..
Jauh lagi untuk memiliki..
Biar dia dekat di hati namun 
Bukan yang mampu aku gapai..
Tuhan..
Sungguh hati ini sayang akannya..
Terlalu aku cinta pada dia..
Dalamnya rasa yang sentiasa merinduinya..
Tuhan..
Ampuni aku yang hina ini
Terbahagi kasih yang harus utuh untuk yang satu
Tapi aku yakin
Kau jua yang lebih mengerti...

Saturday 12 July 2014

# pertama - selepas.

lama aku tak menaip..menulis..bermanis kata atau bermanis mulut..blog sunyi..aku pun sunyi juga..cuba untuk membina sesuatu dengan menghentikan sesuatu..tapi itukan menipu namanya..terkadang bila terfikir,terasa mahu aku tulis semua yang terlintas..yang membebankan hati..tapi aku takut emosi dan tulisan membawa aku semakin jauh..jadi aku memilih untuk menjauh dari nota koyak..biarlah hati ini berehat..berikan kelapangan kepada hati yang senantiasa sedih duka ini..meneropong jauh ke post post yang lama,yang kadang ayat isinya asing bagi aku..sungguh kadang terkeliru jika benar penulisnya itu aku..tapi siapa lagi kalau bukan aku? terasa bedanya diri yang dulu dan sekarang..yang sering luka dan kecewa dulunya..yang lebih endah dan kesah dulunya..sekarang menjadi diri yang hambar yang kurang sensitif akan sekitarnya..entahlah,manusia berubah kerana impak..impak yang terjadi dalam hidupnya..dan aku juga begitu..cuma aku harapkan impak yang ini akan membawa cas cas positif kepada aku..insyaAllah..

## masih belum

maafkan aku ,
kerana masih tak mampu tabur wang beribu ribu
tak ada emas atau barang kemas yang penuh batu
hujung bulan masih tertekan mencari wang
simpanan goyang terpaksa gadaikan

bila makanan terkadang dicatu
nak bajet duit menunggu gaji baru
belum masuk janji2 manis bulan yang dulu
semua tinggal air liur di mulut..


Sunday 9 March 2014

##sudah

Dia sudah lama hilang
Dan tak pernah muncul
Aku dah lama tunggu
Dan sekarang aku sudah tidak lalu...
lagi.....

Aku sudah lepaskan pegangan
Seperti membuka sangkar 
Burung yang mendamba terbang 
Dan hati aku melayang seumpamanya
Bersayap sepasang dan kembang

Aku melambai..penuh sayu..
Membiar pergi hati dan jiwa
Melangkah maju mencari makna
Kelak akan jumpa yang tau nilai harga
Kasih aku.....

Saturday 8 March 2014

##sabtu-yang-baru

Hari ini sabtu 
Yang lain lain dari sebelumnya
Ako berseluar longgar
Berbaju besar
Jalan perlahan gapai topi keledar
Kunci di dinding kasar aku rampas
Pintu perlahan dihempas
Turuni tangga menghadap mentari
Hari ini sabtu yang baru
Moto automotik aku tunggang
Menuju subang berseorang
Sabtu yang ini aku rancang
Berlawan dengan hati yang kucar 
Membuka langkah mencari barang
Agar yang ini jadi permulaan
Sabtu yang baru untuk yang mendatang

Sabtu yang baru ##

Wednesday 29 January 2014

# last anthem

disconnecting .....
lost the connection...
and ..
losing you ...




bye.