Saturday 29 December 2012

# untukyangmeraikan

tiada intan mahupun permata
untuk dijadikan dulang cenderamata
di ulangtahun hari lahirmu
hanya secebis nukilan
nota nota muzik yang gemersik
alunan ukulele kuning milik aku
di alunkan seikhlas murni hati aku
untuk kau perdengarkan
semoga mengharmonikan halwa telinga mu

tarikh ini amat bermakna
sentiasa aku kenang
maafkan aku andai ucapan aku tak diundang
semoga kau sentiasa berbahagia sayang
walau dimana kau berada
atau bersama siapa sahaja


selamat ulangtahun sayang .



29December2012

# kasihnya ibu

28DECEMBER2012

selamat ulang tahun ibunda sayang
moga dilimpahi rahmat dari yang esa

sayang ku tak berbeda hanya untuk mu
sesungguhnya kau lah ratu ku

sayang ,
anakmu, siti rozemah bte abu bakar a.K.a cmaweyh

Thursday 27 December 2012

# entri-haram-bapak-bosan

beberapa hari lagi sebelum kita melangkah ke fasa membuat azam baru . itu bermakna hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk kita semua melunaskan apa yang belum kita selesaikan dari lori azam untuk tahun 2012. sangat laju masa beredar sekarang , serasanya aku baru aje update tentang tahun baru 2012 . tapi dah sampai di penghujung dah rupanya . umur semakin meningkat , 23 akan jadi 24 . nombor semakin bertambah dan aku jugak semakin menjadi malas . nope , bukan malas yang itu  . malas dalam nak melengkapkan idup dengan eksesori kehidupan . famili aku sibuk bertanya kan orang di sisi , orang di hati dan macam2 lagi . aku pulak tak lalu nak berfikir . kerjaan belajar aku rasa dah maximum dah aku boleh pergi , tak pasti setakat mana aku mampu untuk tolak lagi kekuatan diri ini . dan tentang perasaan yang semakin lama semakin datang dan pergi . aku dah bosan ke menunggu dia ? salah aku lah jugak sebab mane ade die suh tunggu . die kodok je kot tak kesah . aku rase ade bezanya rasa ini sebelum dan selepas aku membodohkan diri mengakui pada dia secara direct . HAHAHAHA . kadang manis kadang masam kadang macam haram . aku harap , masa beberapa hari ni , aku dapat perbaiki azam aku yang berbaki lagi . sebab salah satu dalam list tue ialah nak melepaskan dia dari sangkar hati aku . ecehhh , ok fine . aku seryes . tulis karangan panjang2 aku pon dah letih . nampak sangat dah tua . dayyum .

# percobaan

hari hari dimana kau solo
kau dah lama solo
dah hanya simpan hati dekat bekas cikgu kau
yang konpim konpim taknak kau
dan kawan kawan kau sume balik
dan kau sorang sorang melayan lara
sebab masih ada keje yang kau kene siapkan

cuba kau bagi tahu apa bende
yang paling syok dibuat time macam ni ?

hari hari dimana kau dah sunyi
kau pon jadik rindu
rindu macam nak mati kat orang kau suka
sebab kau bukak facebook
kau stalk die , kau cair abis
kau bukak bbm kau nampak die
kau rindu abis
padahal die kodok je tak engat kau
cuba kau bagi tahu ape bende
yang kau nak buat kasik kau waras hati balik ?


hari hari di mana kau muka tak malu
sepatut takpayah kontek , sms ke bbm ke
tapi kau tebal muka buat semua
mesej selamat pagi lah jadah ape tah
lepas tu kat bbm pon kau tibai kacau
kemon la hai , bbm kot
boleh tahu kalau dah baca tp tak reply
hah ! amik kau koyak dada sendiri
cuba kau bg tau ape patut kau buat
agak agak campak BB kat dinding melampau sangat tak?


**gelak-joget-joget-inang**

Wednesday 26 December 2012

#random kopi paste

anthazagoraphobia

(n.) the fear of forgetting, being forgotten or ignored, or being replaced

Monday 24 December 2012

# syukur

kadang yang terindah bukanlah selalu hadir
tapi kalau skali skala die datang
aku syukur


# trimas

terima kasih
sebab kadang kau sorokkan kemalasan kau
dan menyedapkan hati aku yang gampang
memang kau seorang yang baik
sungguh aku tak tipu

terima kasih :)

Friday 21 December 2012

# hari ini aku sakit

izinkan aku menyunting kata , yang secamping rasa
untuk aku legakan hati yang kian jauh malap
semoga kosa yang bermakna menghiasi setiap bait kata
lalu mengisi setiap ruang yang hanya bersisa hanyir luka
dan terungkaplah rahsia jelik seorang manusia

rindu aku rindu , pada si dia yang jauh
pada dia yang aku ada tapi tak empunya
memohon kekuatan menumpang bahu
jauhnya duduk dia , dekat di hati aku jua
mana agaknya tuju jalan penyudah cerita

kisah aku yang melangkah sumbang tidak bernada
tangan ditepuk tidak berbunyi akibat tidak bersambut
maka dibiar sepi kisah yang mati menjadi dongeng
jalan diikut sejarah tak diungkit . diam diam .
malu ditutup muka , hati dibiar luka .

usaha sudah menunggu pun sudah , lama sekali
jawapan tidak diberi , penanda hanya klu kabur
penakut untuk ditinggal kecut untuk kehilangan
hati kembang penuh harapan palsu , ciptaan sendiri
tolong , tolong berhenti .

kisah manis fantasi aku sudah tamat
sudah sampai penghujung jalan
pungut semua cerita dongeng , bawa bersama
tunggu di hujung jalan dan buang di longgokan
bersama luka luka duka yang lainnya

bersedia untuk memadam segala yang ada
sedikit demi sedikit , moga jaya menanti di sana .



CM , rasanya sangat sakit . sungguh .

# ajari aku

Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki
Rasa yang luar biasa
Untuk ku dan untuk mu
Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Kerna kau cahaya hidupku
Malamku tuk terangi jalanku
Yang berliku
Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku….
Ajari aku tuk bisa mencintaimu
Mungkinkah semua akan terjadi
Pada diriku
Hanya engkau yang bisa…
Mencintaiku
Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku….
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku….
Ajari aku untuk bisa mencintaimu


 kalau bukan di sini , moga aku temui dia di syurga .

# harapan

aku ada yang berjalan beriringan bersama aku
mereka berkumpulan
mengelilingi aku mengawasi aku
di tangan mereka membawa harapan
harapan untuk aku sambut
harapan untuk aku
membuang harapan .

tak mudah untuk membuang ,
tapi perjalanan harus aku
teruskan .

Thursday 20 December 2012

# jantan

perkara mudah jadi perbesar
yang ringan kau berat kan
kalut mencari kesalahan sekeliling
sibuk perbetul kanan dan kiri
tengok cermin , suluh diri
dah macam ketam mengajar berjalan
dah macam pandir yang belajar membongak

jangan nak berlagak matang
bila sendiri serupa tak ada batang
nak cakap besar biar bertempat
nak berlagak biar kene gaya
jangan lagak gaya macam gampang
tapi sibuk nak menjaja orang

kemon la ,
kalau kau hebat sangat ,
kalau aku salah sangat ,
mari sini cakap depan depan ,
mana tahu kau boleh ludah muka aku

mahu ?
butoh la!

Tuesday 18 December 2012

# minggu.akhir

semua yang di sekeliling aku
semuanya berkata kata bercerita panjang
tentang pelbagai tapi aku bagai tak mendengar
di mana aku ?

melangkah mendapatkan sesuatu
diiringi janji janji manis
dan helah pujukan yang melalaikan
menjadi magnet membawa aku ke situ
tertipu kah aku ?

kawan yang bersama sedang ketawa
bersama sama mengumpul idea
tapi aku seperti terasing oleh tembok tembus cahaya
suara aku hanya tenggelam
mengapa dengan aku ?

jalan ini semakin penuh duri duri halangan
jalan ini semakin sempit
jalan ini semakin sukar untuk aku lalui
benar kah aku di jalan yang benar ?

Monday 17 December 2012

# aizat - bila waktu berhenti



Aku tahu tiada rasa yang sebegitu
Menyenangkan rasa pagiku
Mungkinkah kau juga begitu
Waktu lena waktu terjaga tiada beza
Adakah aku terpedaya dengan perasaan membuta
Aku tinggalkan semua hanyalah untukmu


[Chorus]
Semua takkan terjadi
Semua takkan terjadi
Bila waktu berhenti


Aku tahu tiada tempatku tuk bertanya
Hanya termenung lama-lama
Menanti dengan angan-angan
Mungkin nanti akan terdaya melupakanmu
Memulakan kisah yang baru
Seperti kau tak pernah ada


Aku tinggalkan semua hanyalah untukmu
Semua takkan terjadi
Semua takkan terjadi
Bila waktu berhenti


Semua takkan terjadi
Semua takkan terjadi
Bila waktu berhenti





n/k : semua takkan terjadi . itu fakta . 
bila agaknya waktu aku akan tiba ?
untuk bukak langkah dan pergi ? 

Thursday 13 December 2012

#ini memang novel

bila manusia dalam kondisi paling restless , urat dalam badan dah menengang ,  otak mula lesu , wayar suma loose mcm gampang . memang manusia tak mampu nak letak otak pada garisan yang lurus dan berpikir dengan akal yang sehat . semua yang dia nak buat cuma nampak bintang bintang . sume nampak macam lopong je . yang ada hanya diri sendiri dan kerja yang mgunung kat depan muka . sumpah memang macam haram .
malu nak mengaku tapi kondisi aku memang dah macam tu . mata aku dah serupa mata panda . bukan aku nak cakap apa tapi rasa macam badan menyerupai panda pon dah wat gua seksa bro . skang mata gua plak macam panda . pehh gua memang pedih hati skang . aku rasa banyak betul dugaan yang mendatang . sampai aku nak nyanyi lagu siti nurhaliza kadang2 . aku cekal je hati ni . sebab ngenangkan ahad aku punye hari nak datang . peh peh peh .
ok , ahad ni aku ade presentation final year project . kemon lah fyp kot . aku dahlah nak grad on time . hahaha . ok tak lawak . aku seryes lah ni . skang aku rase aku memang lalok . fine fine fine . matilah aku nak cakap ape ke tulis ape . eh , emo plak . hahahahaha .temujanji dengan abang hensem dah terlepas . padan muka aku . jantung dah merengek2 . dayyyummm . aku memang cuai .
pandang rak buku aku nampak buku library . 3bijik dowhh . aku patut pulangkan 5hb . arini ? 13hb dah ! MATI LAHH ! ok next , pandang whiteboard . next week test 3 EIS ? hell yeah . aku tak study jadah ape pon . ESOK present EIS ? memang nak bunuh aku ke ? kemon la dr LAU . sabtu nk p taiping . gua memang suka melancong kan . hahaha . ok ape aku repek ni ? kerepek dah nie .
blablablablablablabla aku rasa aku dah makin lalok makin sawan makin gile . senin depan belajar kete . rabu aku JPJ test . helllllooooooooo . aku dalam kondisi malas ni mampu ke nak wat sume ni hoiii ? hahahahaha. amik kauuu panjang aju taip . kalah intro fyp dowhhh .  ok skang ako rase macam final yearrr ni heaaaaaaaveeeeeennnnnnnnn sgttt . pftttttt .
i need a life  . sehari pon jadi lah hoiii . ok abis . sambung jadik panda . kbaiiiiiiiiiiiiiii .







                                                                                         ########aku memey gilo dahhh

Wednesday 12 December 2012

#121212

tarikh yang cantik tak menjanjikan kenangan yang cantik juga .



                                                                              (cmaweyh2012)

Sunday 9 December 2012

#kadang aku taktahu

terima kasih tuhan
kau pinjamkan lagi dia untuk aku
kau berikan dia ketenangan hati
untuk menghadapi insan y seperti aku
kau bagikan dia hati yang lembut
untuk melayan
kerenah insan yang seperti aku
aku rasa bersemangat untuk melangkah
ada mereka  , ada dia
ampunkan aku tuhan
jikalau aku ter alpa
jikalau aku terlupa
siapa aku sebenarnya
aku mohon tuhan
kau tetapkanlah hati ini
pada yang benar
agar hati aku tak terkeliru menilai
agar hati aku lebih mahu mendengar
agar hati aku tidak lagi mengikat dia
agar hati aku tidak lagi membebankan dia
aku mahu dia tenang
aku mahu dia senang
aku mahu dia lapang
tanpa insan yang membebankan
seperti aku ini .
berikan aku kekuatan tuhan
untuk tidak lagi menyedut semangat daripada dia
izinkan aku tuhan membina kekuatan sendiri
berikan aku tuhan
semua zarah tenaga yang dulunya hilang
aku tak sanggup lagi jadi insan bermuka tebal
berikan dia bahagia tuhan
berikan dia gembira tuhan
dengan membawa hati aku jauh
daripada membebani dia 

Tuesday 4 December 2012

#04122012

selamat pagi malaysia
selamat pagi rakan taulan
selamat pagi yang tersayang
selamat pagi yang jauh juga

selamat pagi semuanya
syukur alhamdullilah
masih lagi tuhan memberi peluang

melangkah lah dengan maju
melangkah lah dengan berani
melangkah lah dengan gagah
melangkah lah dengan semangat

jangan bawa karung masalah
jangan pikul guni bimbang
jangan bimbit beg kesakitan
jangan junjung bakul kemalasan

tinggalkan semua
ayuh kita melangkah bersama
mengejar sana

Monday 3 December 2012

# duga

kalau nak dilahanatkan aku
aku terima seadanya .
aku tak marah , aku bukan pemarah .

memang aku poyo ,
teruskan katakan aku poyo
koya juga sama makna .

aku beri kata kuat , kata semangat
untuk mereka yang bertanya
untuk mereka yang hilang energy
untuk mereka yang hancur hati
untuk mereka yang kosong minda
aku beri kata kata harapan
kata kata untuk membuka jalan

sedang aku sebenarnya menghancur sendiri

bukan itu yang aku bangga
tapi satu yang kau tak pernah duga

mereka yang berlalu bersama perkataan ku
meninggalkan aku secebis tenaga
mereka membuang habisan sisa tenaga lama
kerna mereka sudah bisa rencana semangat baru

aku terubat dari situ sebenarnya
kau tak pernah duga , bukan ?

Saturday 1 December 2012

# Best Quotes: Because of you

Best Quotes: Because of you:

Ever have that one person in your life that you just can't give up on, 
the one person who can screw you over time 
after time yet you always seem to give 
them another chance, 
and no matter how many times you say 
this is their last one, 
you know it's a lie because there's always 
just one more waiting for them. 

The one person you know you're better off 
without but yet you can't find a way to let them go 
because deep down inside you wouldn't know 
what to do without them. 

The one person that you know doesn't deserve you but yet you choose to overlook it. 
Because of your love.

Thursday 29 November 2012

# indoME

pernah ngak lo merasa ?
kayaqnya seperti lo sudah melepasin semuanya

sperti lo udah mulain chapter baru gituw
tapi yang jeleknya

lo ngak bisa nyabar
mau ketahuin yang di endingya lagi jadi apa ya ?

happy ending or sad ending barangkali ?
dipikir pikir kan , kenapa ya?







; yes ni aku cmaweyh yang tulis bukan budak indon mane2 . and im talking bout me . u hv any answer? tolong jawabkan?

# analoGILA

melangkah dengan senyuman
itu kata semua yang di sekitar
kerana semuanya pasti akan baik baik sahaja
yakinlah dengan yang diatas
tambah mereka lagi .
senyum nipis terukir lagi
aku tahu , memang itu yang terbaik
terbaik untuk aku dan semua dari kita
sememangnya aku hadapi dengan senyuman
senyuman yang paling terdalam ertinya
ketidakpastian perasaan yang menyinggah di setiap hari aku
membuat kan aku sentiasa ingin tersenyum
tertawa dan menyanyi riang
ada kala aku diam tak lalu berkata
tapi aku yakin semuanya akan baik baik sahaja
aku akan pandang hadapan dengan tenang jiwa
masih banyak yang perlu aku buat
tak ada yang bisa merubah kalau bukan aku
jadi aku yakin .
aku bisa
hadapi dengan senyuman :)


                                                                                                       n/k : analogi hadapi dengan senyuman :)

Wednesday 28 November 2012

#ask

some words are hard to tell , 
that why i do the writing .

Monday 26 November 2012

# khas.

manis sekali senyuman kau
ikhlas melambangkan bahagia
sempena graduasimu
aku lihat kau dari jauh
gumbira bergambar bersama teman teman
tapi aku tak daya untuk kesitu

disisimu ada si dia,
meletop rasa di dalam hati
bila ketikanya aku terlihat dia
dia yang cantik berbaju kurung maroon
setia menemanimu
ke sana ke mari
bersama kamera serta galaxy

bagaikan longlai seluruh tubuh
entah apa harus aku perkata
terasa kaki lemah untuk melangkah
hati meronta memaksa pulang sahaja
apa guna melihat kau beromantika

lalu fakta menampar aku
tersungkur aku menghadap kenyataan
kau bukan aku punya
aku bukan siapa siapa
pedih rasa ditampar kenyataan
sakit rasa menyungkur di kenyataan

aku langkahkan kaki yang longlai
menuju kau yang masih menunggu
bunga ku hulur lalu kau sambut
senyum kau mekar , menggamit aku
tapi aku takmampu , dia ada di situ
coretan kenangan di petik sama
sekeping dua , hasilnya nampak bahagia
tapi hati tetap menangis pedih

hadiah dan misi bertukar tangan , 
kau harus pergi , masa sangat mencumburui
dia mengekori kau , berlalu mengejar masa
aku terdiam tak mampu berkata ,
semoga waktu yang tentu kan segala
aku redha tak mahu berharap
tentuaan tuhan adalah yang tepat
ada nya kau juga sudah cukup nikmat
sebagai guru juga sahabat ,
aku syukur tak mahu tamak
terima kasih ya tuhan

semoga kau tak hilang rentak
melihat misi yang aku rencana
hanya nukilan seikhlas rasa
bukan mencanang cerita domba
semoga kau tetap yang sama
tak hilang rasa untuk berteman
tak jauh hati untuk menasihati
satu aku pinta dariMU tuhan
tetapkanlah dia di sisiku
sebagai teman atau apapun jua
asalkan dia sentiasa bersama

aku tak mahu tamakkan kemenangan ,
aku hanya tidak mampu untuk kalah  ,
akibat dari kehilangan
insan yang seperti engkau .







# hari sabtu itu

hari itu penentunya
sama ada permulaan atau penamat
sama ada ada drama atau cerpen
hari itu penentu semuanya

yang di tangan
aku genggam erat
rasa takut selubungi diri
rasa gundah memenuhi hati

hari itu penentunya
sama ada yang ada akan terus ada
atau yang ada akan hilang selamanya
hari itu penentunya

hari penentu rasa menjadi apa
hari penentu cinta berkembang atau mati sahaja
hari penentu teman setia atau teman durjana
hari penentu aman atau koyak nya jiwa

hari itu penentu semua
hari besar untuk si dia ,
dan untuk aku juga .

Thursday 15 November 2012

#sayang

sayang , andai aku katakan
sebenarnya sepanjang masa yang berlalu
semenjak perkenalan kita
hingga ke hari yang bertuah ini
sebenarnya ada sekelumit rasa
yang aku simpankan untuk engkau
rasa yang janggal dipanggil cinta

aku redha kan kau
untuk menolak atau menerima
tapi sayang ,
bisakah kau diam tak berganjak
dan kekalkan kita terus sebegini ?

#tusuk

aku yang tak mampu selami
samada patut aku tahankkan langkah ini
atau harus aku turutkan berat yang menarik langkah
keliru , tak tentu

hati yang aku simpankan
seolah berterbangan ke arah kamu
semuanya berantakan mahu ke kamu
lalu apa lagi daya ku mampu

kau yang tak menolak
tidak juga kau menerima
tapi masih tak berganjak
hanya menghayati
gerak mainan aku yang sumbang

lagi apa mahunya
agar bisa aku dapat tentuannya ?

# bigbabydriver

I wish I had someone 

who Suddenly arrive

To show me

 how the flowers grow 

And come out

 in the winter field 

I wish I had someone 

who takes me to their heart

Saturday 10 November 2012

#busuk

hikmah disebalik kejadian.
Come on manusia ,
jd lah insan yg membina bukan membantut.
Hanya tahu menyokong bila ditempat teragung.
Bukankah dulu sumpah janjinya walau bangun jatuh kita tetap satu ?
jangan jadi manusia tak ada mutu .
puiiiihhhh !

Saturday 20 October 2012

#takhabis

hati kental mana yang mampu
bila diuji dengan permainan kasih
yang gagah juga bisa tindas
yang handal juga bakal lumpuh

berjudi kasih pada yang sudi
tergadai maruah melacur budi
yang dibayar hanyalah sakit hati
yang di galas hanyalah caci maki

hati rapuh yang mengharap teman
diapung resah yang tak berpenghujung
yang menghulur kasih pasti diagung
yang memimpin tangan pasti disanjung



Friday 19 October 2012

#keliru.

perasaan yang asing  yang datang dan pergi sesuka hati. aku tak pernah menghalang ianya datang cuma ada ketikanya aku merasakan kegusaran yang melampau kerana takmampu untuk menghalau rasa itu dari muncul lagi. malu rasanya menjatuhkan maruah untuk mencari kata kata semangat untuk membantu memilih jalan terbaik untuk mengadili rasa asing ini. bagaimana rasanya kalau rasa asing ini aku hantarkan teus kepada siapa ia sepaptutnya aku sampaikan. persoalannya mampukah aku? bersediakah aku seandainya apa yang bakal aku terima nanti tidak sama seperti yang terjadi di dalam mimpi mimpi yang pernah mengganggu waktu tidur aku? terlalu banyak yang mnjadi soalan sebenarnya. bukan sekadar soalan tehadap diri ku malahan terhadap dirinya juga. mampukah dia terima rasa asing ini dengan terbuka hati atau dia akan melompat terkejut lalu lari menghilang di dalam ramai .aku takmahu hilang seorang teman yang baik seperti dia. aku mahu terus berteman. terus bersama terus rasa gembira. walau sebenarnya dia hanya ada kadangkala tapi bagi aku itu sudah cukup. sungguh aku tak tipu.Ya Allah ,kau bantulah aku dalam membuat pilihan yang paling tepat. aku sungguh keliru Ya Allah.

Sunday 14 October 2012

#untuk sekelumit rasa yang masih bersisa.

untuk sekelumit rasa yang masih bersisa
aku harap kau statik lah seperti seadanya
aku harap kau tidak akan menjalar
menyerang rongga rongga yang lainnya
tidak akan menembusi sekelian urat dan nadi
dan tidak meracuni akal dan minda

untuk sekelumit rasa yang masih bersisa
cukuplah aku relakan kau muncul sekali sekala
membuat akal kecamuk hati xtenteram
kau statik lah seperti seadanya
menanti tarikh luput untuk kau mereput

untuk sekelumit rasa yang masih bersisa
tahun tahun yang berlalu mungkin tak cukup untuk kau
jadi aku benarkan kau menghuni
tak kuasa nak menghalau , tak kuasa nak peduli
jadi harapan aku yang terakhirnya
kau statik lah , seperti seadanya .




n/k : aku harap kau akan melonjak meronta hanya pada sepuluh.oktober.

# tamak

kalau kau dapat darjat , jangan kau cepat sangat rasa hebat
kalau kau dapat darjat , jangan mudah rasa gayat
manusia berhemat , terima pangkat dengan rasa berat
manusia hebat , terima arahan dengan hati yang rendah

jangan terlalu bangga bila ada di atas
takut lupa jalan ke bawah
jangan terlalu selesa ada di atas
takut tak jumpa duduk asal mula

belajarlah wahai manusia ,
darjat yang kau pegang ,
pangkat yang kau tatang ,
semua kayu pengukur tahan teguhnya iman ,
yang dibahu sebenarnya amanat , bukan pingat
yang kau pikul tanggungjawab bukan untuk mencapap


bila tiba masa , kau akan turun takhta .
dan kala itu kau mula lupa
manisnya rasa berada di bawah .


Saturday 6 October 2012

# 06/10

aku mahu bahagia
bahagia yang damai tenang
tak di ekori jalan cerita semalam .
aku mahu sentiasa girang
ketawa dengan bebas dan lapang
tak memikirkan sedihnya kelukaan
aku mahu sentiasa berteman
bersama sentiasa tanpa gusar
aku mahu jadi yang paling
gembira , bahagia , damai ceria
aku mahu yang infiniti
tolong jangan berikan aku pecahan
aku hanya mahu 1 infiniti
rigid di situ .

Monday 1 October 2012

# sendiri

dan yang bahagia itu
sememangnya bukan untuk selamanya
jalan yang panjang
harus kau isi dengan rasa rasa yang lain nya
maka jangan di marah pada takdir perpisahan
kau beranikan untuk melangkah
dan sapukan cecair yang terus mengalir itu
yakinkan hati , perlahan lahan akan kau temui


cweyh- aku cuba untuk melangkah layu .

Friday 31 August 2012

merdeka55

bebas di jiwa manusia manusia itu
bebas dirinya berciuman peluk sayang
bebas dirinya berbunuhan perang menggila
bebas dirinya berlumba menggadai nyawa
bebas dirinya merebut harta
bebas dirinya berlaku celaka
bebas dirinya menghisap darah
bebas dirinya atas jahatnya
bebas dirinya atas tamaknya
bebas dirinya atas setannya
bebas manusia manusia itu menjadi gampang
di tanah merdekanya ;
ulangtahun yang ke lima puluh lima
sambil menanti kembang api
kau sedang bebas dengan apa;
dengan jiwa negara ,
atau dengan setan neraka ;


selamat ulangtahun ke lima puluh lima , malaysiaku .

akhiran .

ada hati aku , kecil sekali ; pengecut .
takut dipukul badai realiti .
tak sanggup redah ombak kebenaran .
yang dikejar semakin menjauh
yang diharap semakin tak nampak
hati pengecut ; mula berhenti .
merak dipuja tak pernah endah
apalah daya si pipit pengecut
otak nya kosong hati nya lompong
patahkan sayap ; berhenti terbang
biarkan angan terbang melayang
yang terendap biarkan tersimpan
yang indah biarkan terhenti
yang melekat di hati biarkan mati
buang buang semua
tinggalkan ; akhir rasa sahaja .

#lakilaki-perempuan

lelaki ;
ada kau , perempuan gila .
tak ada kau , perempuan hampa .

lelaki ;
kalau di simpan , mengganti dendam .
kalau di buang ,  mencuri sayang .

perempuan ;
mahukan lelaki , yang mampu jadi kekasih .
tulang rusuk , yang mampu jadi hero .
pegawai kanan , yang mampu jadi pelindung .


kaum adam , tulang rusuk bagi kaum hawa .

Wednesday 15 August 2012

# mati

setelah kau penat berdendang ;
maka kau akan memutar pita lama ,
mencari kisah silam untuk kau senangdungkan;
lalu kau temu aku di dalam itu .
dan kau masuk menyelinap ;
tersesat dalam mimpi aku - ngeri .
merayau dalam jaga aku - membencikan



aku asahkan lembing perak ;
dibacakan jampi sakti .
nanti aku tusukkan di dada kau

MATI ! 

Tuesday 14 August 2012

# tumblr

http://24.media.tumblr.com/tumblr_lutl7ws4So1qhekjdo1_500.gif
so do us .

Wednesday 8 August 2012

# hindus

aku sembunyikan luka dalam hati
luka yang telah lama parahnya
hadiah akhir kekasih lamaku
yang telah lama hilang
membawa pergi bersama
semua rasa ku
yang tinggal hanya
hati yang lompong

*BR

kalau itu rezeki yang bisa direbut
kenapa perlukau pertikai kan
kenapa kau kalut umpatkan
manusia ,
tidak kurang dengan hasad nya .


08082012

kalau hasad nya itu kuat
mulalah fitnah itu jadi makanan
dikongsi kongsi kan pula makanan itu beramai ramai
di sebar sebar seperti jamuan makan
dan berseronoklah seperti parti besar
lalu menangislah yang dijadikan makanan
terkoyaklah hati dan merana lah jiwa
manusia bangsat hidup bergelumang fitnah
tanpa belas memburu mangsa .



                                                                                                   

Friday 3 August 2012

# 3ogos2012

kuasa ilahi itu jelas
memang hanya DIA yang lebih mengetahui
syukran ya rabbi
atas peningkatan yang kau berikan
dan peringatan untuk aku yang sentiasa alpa .
semoga peningkatan ini terus berkekalan .amin .

ALHAMDULLILAH

Saturday 21 July 2012

#

tarik nafas perlahan , lalu lepaskan
aku lelapkan mata untuk berkata kata
agar terselam ke akar ikhlas nya
tidak pernah aku niatkan untuk berkongsi nasib
tapi nasib yang tertulis untuk aku berkongsi sepi
diam , sunyi  , tidak ada bunyian - mati
malam semakin pekat membawa suram
hilangnya rasa dalam samar
lalu mematikan kata kata yang berantak mulanya
hanya ditemani salakan anjing
deruan angin yang menggigit tulang
membawa tenggelam nya jauh
ke dalam samar khayal
dan yang menyepi semakin enyah
menyelubungi diri seperti jelaga pekat
dan aku terus dipaku
cuba mengangkat kaki berlari
mengejar - sesuatu .

Friday 20 July 2012

.benar

Walaupun mesej kau singkat,
walaupon mesej kau kurang ikhlas,
walaupon mesej kau hanya plagiat,
walaupon apa aja yg negatif,
aku tetap tunggu balasan kau,
tetap aku senyum sampai telinga,
walau hanya 'tq'
Sesungguhnya,
aku benar benar rindu kau.







 - khairul .

kisahnye

Kehidupan walau pahit mane pon memang harus diteruskan kosong mane poket , jelik mane perjalanan ia masih perlu teruskan hidup itu satu perjuangan , satu peperangan peperangan kita untuk mendapatkan satu hidup hidup yang di rebut oleh semua orang diidamkan siang dan malam tidur dan jaga Dimana satu hidup yang indah gemerlapan penuh harta disinari bahagia maka itu kita berjuang , maka itu kita berperang melayu- bangsa yang sgt kuat berjuang , kuat berperang oleh itu , melayu menyukai hasad dengki mencintai rasa iri hati kerana melayu sangat kuat berjuang kau, mampu? Hahahaha

Tuesday 17 July 2012

# perasaan

jujur aku merindui dia ,

wahai insan yang J A U H .



 - K .

# selasa

hari hari yang berlalu aku rasa macam tahun tahun yang semakin laju beredar meninggalkan aku . hari hari yang hanya memakan masa puluhan jam seolah berlari laju membawa ribuan tahun yang entah mana jalan kisahnya. aku tidak pasti apakah yang ada dalam minda . itu semua memang dusta . jujurnya hari hari yang berlalu sangat singkat , sesingkat rambut wahid senario, pendek sependek janggut kambing .tapi setiap hari merasa sangat perit . tertanya tanya apakah yang merunsingkan aku sebenarnya? apakah pilihan yang aku buat sebenarnya sedang membunuh perasaan sendiri ? atau ini hanyalah ujian tambahan yang harus aku hadapi ?

C E L A K A

rasa itu datang dan pergi
kadangkala berlegar di dalam minda
berlegar dan terus menetap di kepala
bila dia rasa mahu hilang , dia pergi
dan datang semula membawa celaka
celaka pada minda akal aku
rasanya pedih seperti luka yang ditits garam
sakitnya seperti kulit yang dikoyak koyak
punca nya sangat samar samar
tapi rasanya sangat sangat
C E L A K A

Wednesday 11 July 2012

next time

will do . HAHA


http://d24w6bsrhbeh9d.cloudfront.net/photo/4669645_460s.jpg

ada beza

ada perbezaan diantara kelemahan dan kebangangan .
satu , kelemahan/kekurangan boleh ditutup dengan kelebihan tapi kebangangan takkan boleh ditutup
dua , kebangangan boleh diubah tapi kelemahan/kekurangan selalunya kekal .

aku rasa kalau jual ikan tu satu kebangangan bukan kelemahan/kekurangan .
so boleh tak kau belajar untuk ubah ?

pftttttt !




                                                                                                            n/k : gua benci kawan makan kawan

rawak*

aku taip , aku padam . aku ulang banyak banyak kali . aku taktahu rasa apa yang aku ada. aku nak tulis pasal dia , pasal cinta . tapi aku tak ada . aku tak ada dia , aku tak ada cinta.. lama sangat aku jadi setia . setia pada rasa yang aku sendiri tak kuasa nak endah . rasa suka , rasa rindu rasa selesa yang dibuat buat hanya sebelah diri aku saja. aku rasa aku jahat dengan diri tapi aku sendiri tak boleh kejam dengan hati .akal aku kata berhenti , hati aku kata tunggu lagi.akal atau hati , yang mana lebih menguasai ? buat masa ini aku memilih untuk tidak memilih . mungkin nanti .. ..

Thursday 5 July 2012

penipu - aku

aku sedeh , aku tipu
aku rindu , aku tipu
aku sayang , aku tipu
aku cinta , aku tipu
aku penipu .


4:37 am

renung ke dalam cermin besar itu
lihat diri sendiri ; cuba cari hati
jumpa hati ; keluarkan semuanya
kelongsong nya ada ; isi nya tiada
renung dalam dalam cari punca
hilang sayup jauh ke dalam
masuk dunia hayal ; sesat
isi nya hilang ; ranap kopak
punca apa ?
jatuh jauh lagi ke dalam ilusi
cari jawapan .

manusia berkosa kata

banyak manusia yang sangat pintar berkata kata . pintar memberi pandangan , bijak mengulas . pendek kata bijaksana dalam semua perkara melibatkan kata kata terutamanya kritikan. tapi tak semestinya mereka yang kaya kosakata ini pernah mencuba apa yang mereka perkatakan, ya , memang berkata lebih mudah dari melakukan . aku akui aku juga dalam kelompok manusia yang hanya kaya kosakata tapi jahanam dalam melaksana. itu perkara yang paling manusia tak mahu mangaku mereka juga semuanya sama. mungkin alasan untuk menyedapkan hati orang atau sekadar menasihati boleh menjadi jambatan kukuh untuk terus menjual kosakata kita. tapi siapa kita sebenarnya kita untuk melemparkan hujah hujah yang kadangnya memang langsung tak relevan. kita mengamati dari mata kasar , dari luar lingkaran kejadian. bagaimana pula dengan mereka yang menangggung ? memang takdir itu tertulis , memang manusia juga boleh mengubah takdir mereka sendiri . tapi pernah tak kita timbang imbal perkara perkara yang sentiasa menjadi geseran untuk perubahan itu semua ? jadi kalau masih belum cukup merenung , mengkaji dan mengamati seeloknya baiklah kita kekal diam . berkata hanya bila perlu , lebihkan mendengar . mulut pun tak penat , tekak pun tak kering , tak gitu ? - cw

Wednesday 4 July 2012

:)

 senyum tak perlu kata apa apa .

Sunday 1 July 2012

matilah kau

aku ukir senyum nipis aku padam semua
aku koyak lagi bibir aku buang semua
aku tahankan senyum agar lekat di bibir
aku kumpulkan semua , sisa yang ada
aku campak satu sudut ; bertimbun
aku campakkan api ; kecil semakin marak
dan kau terbakar bersama itu semua
matilah kau akhirnya ; dibunuh aku .

Saturday 30 June 2012

[# minum pagi] Shahir - Pendam



  



Aku yang mengejar bayang cintaKian terbiarTerpendam kataTak terungkap selamanyaPedihnya hanya aku yang merasaMahu memilikinyaAku hanya hamba cintaBisik hatiku lepaskan dirinyaSungguh aku tak bisaBiarlah ku sendiriTanpa kasih di hatiAku tak mampu pertahankan lagiCinta yang menyakitiBiarlah aku pergiTiada hampa di hatiPedihnya hanya aku yang merasaMahu memilikinyaAku hanya hamba cintaBisik hatiku lepaskan dirinyaSungguh aku tak bisaBiarlah ku sendiriTanpa kasih di hatiAku tak mampu pertahankan lagiCinta yang menyakitiBiarlah aku pergiTiada hampa di hatiAku yang mengejar bayang cinta

terima kasih .

terima kasih tuhan sekian alam
memberi aku peluang merasai hari ini
terima kasih bunda ku sayang
memberi aku peluang mengenal bumi
terima kasih rakan dan taulan
memberi aku peluang untuk disayang
terima kasih buat yang jauh
memberi aku peluang
merasa indahnya cinta rahsia
dan sakitnya rasa xmemiliki
semua yang aku belajar
semua yang aku dapat
semua yang aku ada
terima kasih kepada semua
semoga pertambahan usia ini
memberi aku kekuatan
merubah sesuatu kepada sesuatu .

alhamdullillah :)

pendam

rasanya sakit yang amat
ditahan makin pedih memilu jadinya
lebih dasyat dari ditiggalkan
lebih parah dari dilukai
dalamnya tertanam membuatkan kesukaran bertambah
memendam umpama menanam duri
meluah umpama aku membunuh diri
kata pujangga
"biarkan yang tertanam menjadi bangkai
dan mereput bersama isi tanah yang lain"
3tahun berlalu , ako menanti ia mereput
masih menanti terus menanti
di pertambahan angka hidup ini
aku masih menanti ia mereput
dan melangkah layu
cuba melepaskan
aku cuba .

Tuesday 26 June 2012

# KLAB 2012

" kalau tuhan minta kita senyum ;
               jangan untuk tidak  "





-petak daud

Sunday 24 June 2012

gua rasa

gua rasa sekarang gua punye tulisan ni kurang feel la. apa yang kurang ni ? garam gula susu ? arghhh

Thursday 14 June 2012

untuk kau

dan aku simpankan
separuh dari hati aku
untuk aku beri khas untuk kau
untuk kau rosakkan
untuk kau pijak pijak kan
untuk kau koyak koyakkan
menjadi cebisan cebisan kecil
dan kau buangkan ke lautan paling dalam
sehingga tak daya untuk aku dapat pulang .


Tuesday 12 June 2012

baik baik saja

aku takkan cepat melenting
aku akan control emosi
aku kawal histeria aku
supaya aku tak mudah mencaci
aku akan belajar sabar
aku akan kuatkan iman
aku akan cekalkan hati
supaya aku tak terus membenci
tapi semuanya makan masa
aku tak janji ini akan berjaya
tapi aku masi cuba
jadi kau tolong sabar
jangan sampai aku yang hilang sabar .










                                                                                                      n/k : selamat hari bapa untuk yang gembira.

Thursday 7 June 2012

janji .

aku risau kalau aku benarkan kau pergi kali ini ,
kau takkan kembali lagi .

mampukah kau berjanji ?

just carry on !

kau keseorangan , rasa bosan
kau takut , seram dengan kegelapan
kau khuatir tak selesa sendiri
kau sedih tiada teman di sisi

jangan risau , just carry on

kau sakit terjatuh tak bisa bangun
kau hilang arah tak tahu punca
kau marah dengan sekeliling penduduk dunia

jangan khuatir , just carry on

just carry on
sampai kau jumpa bahagia
sampai kau jumpa cahaya
sampai kau jumpa gembira
sampai kau jumpa dia
just carry on
jangan pernah berhenti
terus yakin dengan diri sendiri !

Tuesday 5 June 2012

ape nie?

ini entri yang sangat gila . sedang jam menunjukkan 9:22 pm , dan esok aku ade test II untuk subjek industrial management . walhal aku tak study jadah haram ape pon lagi . tapi naluri mengatekan nak menaip sesuatu tapi rasa otak macam kosong kosong o000oo . arini aku join program survival , satu program berbentuk ceramah untuk semua anak2 di uitm khas dari ayahanda sahol . yang memberikan ceramah , salah seorang nya dari indonesia . encik firdaus . memetik ayat seorang kawan dari fakulti undang2 "aku tak paham macamane die boleh bercakap pasal merdeka sedangkan die sendiri tak penah rasa" . aku hanya dengar tak respon tak angguk tak geleng . aku cuma fikir , macam betul apa dia cakap , tapi aku tak kisah . siapa siapa pon kau , kalau kau rasa kau boleh bercakap , mampu berkongsi , why not u try kan ? tapi program survival ni syiok gak sbb aku tak pernah lagik pergi ceramah versi sinetron kan . selalu ala ala dikir barat , kali ini sinetron . tapi intipati yang diberikan sangat mendalam , berkenaan pusaka melayu yang kian hilang . walau aku tak dapat kutip semua input tapi ade lah jugak 2 3 ketul yang lekat . alhamdullilah lah kan . hahaha . ako tataw nak cerita ape lagi dah , blablablablablablablabla

Friday 1 June 2012

...hummm

aku rindu untuk merasakan renjatan yang dahulu aku rasa . bukan , bukan renjatan elektrik 240voltan . aku maksudkan renjatan dalam badan bila cas cas dalam body terkujat melihat keajaiban . macam macam boleh sebabkan renjatan . aku teruja sangat menanti renjatan tu datang lagi . tapi bila ? keajaiban yang aku kagumkan semakin hari semakin lesap . makin pudar dan kian menghilang . aku jugak kelam memikirkan apa yang aku harus lakukan untuk mengekalkan keajaiban yang aku rindukan itu . cubaan untuk meraih keajaiban itu kembali agak sukar . aku rindu saat saat lama , saat terpaling pertama waktu aku merasakan badan ini terkujat dek renjatan ketika menantap dia . semuanya seakan kelihatan jelas , dia menghilang dan terus hilang . adakah dia membenci ?

kalau berani , cubalah

aku seorang yang sepi , seorangan
aku tak ada pasangan tak ada kekasih tak ada tersayang
aku berseorang tak ada apa apa ikatan
aku  kurang kawan kurang berteman
melepak lenggang lenggang aku kurang
aku lone ranger , maintain sorang sorang

aku main tulis tulis conteng conteng
buat karangan atau sajak bajet sasterawan
aku bajet bajet boleh jadi orang seni
hidup rilex walau nampak xberseri
rambut kusut jalan senget baju tak basuh
aku tulis tulis aku tayang dekat sini

aku rasa aku kurang rasa sepi
sebab aku ada banyak huruf dalam hati
pilih pilih susun susun jadi satu entri
orang rajin orang baca aku pun hepi
orang benci orang maki aku tetap hepi lagi
aku memang gila babi tak pikir orang kanan orang kiri
kalau kau boleh jom join sekali
amacam , ada berani ?

Wednesday 30 May 2012

apa apa

berapa jauh lagi aku harus lalui
berapa dalam lagi harus aku selami
untuk kau nampak ikhlasnya hati ?
cabaran apa lagi harus aku tandingi
sakit apa lagi harus aku gagahi
untuk kau pulangkan percaya?

apa yang ada di dalam
apa yang kau sorok tak nampak
apa yang aku berdarah
apa yang engkau lunaskan
apa yang aku tahankan
apa yang engkau huraikan
apa yang aku berikan
apa yang engkau campakkan
apa yang sabarkan
apa yang engkau hamburkan
apa yang aku nantikan
apa yang engkau larikan

berapa jauh lagi hendak kau lari
berapa banyak lagi engkau perlu caci
untuk aku dapat semula kasih yang mati
luka apa lagi kau nak beri
dalih apa lagi kau nak tindih
untuk aku jadi bersih  ?

rawak

menjual kata kata tanpa menggunakan akal memang mudah . sebab tu manusia suka untuk menjual kata kata seolah mereka pernah dianugerahkan dengan anugerah sasterawan negara. menggunakan kata sewenang wenang nya untuk mereka mempertahankan diri dan melarikan diri dari masalah . itu yang jadi kepada aku hari ini . tindakan aku untuk menyuarakan ketidakpuasan hati aku kepada kekasih lama memang tidak bijak . kami berbalah pendapat untuk beberapa ketika sebelum aku meninggalkan sms nya tidak berbalas . bukan sebab aku mengaku kalah tapi sebab aku malas . malas untuk terus melayan ayat ayat yang dia reka reka untuk nampak dia hebat , untuk nampak dia gagah di mata aku . mula menjual nama tuhan untuk menjadi pendinding diri . sesungguhnya aku langsung tak terjejas . mana bisa orang yang ikhlas mengakui keikhlasan nya . sekadar mengakui dia sudah mengikhlaskan diri kepada yang satu tidak cukup untuk mengangkat iri menjadi mulia sehingga bisa untuk menghakimi insan lain seperti aku . memungkiri kata kata sendiri yang dilontar setahun yang dulu . hubangan kami dah lama rosak , hampir setengah dekad . tapi kami masih seperti anak kecik yang terus merebut gula-gula , merebut siapa salah siapa benar . dan semestinya aku kalah dalam permainan kata katanya . cuma kali ini aku diamkan sebab malas untuk melayan kerenah manusia yang pelik seperti dia . mengakui diri di abdikan kepada yang esa . mengakui dia hanya ikhlas untuk yang esa , mengakui hatinya dah dibaluti kasihnya ilahi . tapi , di luar sedar . dia sendiri yang menghakimi sesama manusia , dia sendiri yang membenci sesama manusia , dia juga yang merosak janji dan memungkir kata . jadi apa guna kau canang canangkan kebaikan kalau sebenar kau masih tak mampu menanggung semua beban . humm . entri rawak tentang emosi . ada baiknya aku berhenti sebelum aku terus membelitkan kata kata . takut jadi seperti dia . grrrrr

hak masing masing

untuk aku memanggil kau apa apa ,
menggelar kau dengan apa ,
mengaggap kau seperti apa ,
itu semua hak aku
ikut suka aku .

untuk kau terima atau tidak ,
untuk kau benci atau suka ,
untuk kau meluat dan muntah ,
itu semua hak kau
ikut suka kau

aku tak hamak ,
tapi aku cuma simpan
kadang kadang dia datang
aku pon layan .



                                                                                                                n/k : selamat hari lahir kekasih lama

Thursday 17 May 2012

aku penunggang

aku penunggang motor,
tak ada kereta berbumbung berpintu
orang bersiul mengikut radio
aku menyanyi menahan panas
orang berseronok xkena hujan
aku kuyup basah lencun

aku penunggang moto
aku bawak laju , jalan sempit aku boleh rempit
jalan jem aku boleh selit
aku tak takut lori , aku tak risau bas
aku jalan jauh minyak tak boleh tampung
hitam legam kulit berpanas ,aku xserik .

aku penunggang motor ,
ini rezeki aku ,
aku syukur mana tahu nanti nanti
aku duduk dalam Mercedez .



                                                                                         n/k : motor atau kereta , tetap kenderaan kau ada !

16mei

selamat untuk kau sayang ,
moga kau terus berjuang ,
moga kau terus cemerlang
moga terus naik ke puncak awan.
kau hebat di mata kami
kau gagah di mata kami
kau yang hero kaulah satria

selamat untuk kau sayang ,
selamat hari guru :)

                                                                                                                   n/k : energizer ku  sayang .

Saturday 12 May 2012

tak pernah hilang, aku tahu .

kau dah lama lenyap tapi kenangan kau sentiasa ada
ada dekat dengan aku sentiasa mengikuti aku
sentiasa ada sama seperti cahaya mentari
sentiasa ada , siang terang malam membantu rembulan
kadangkala cahaya kau terlalu kuat melontar haba yang dasyat
dan kepedihan manusia manusia yang menahan
sama duduknya seperti hati aku yang pedih membisa dek kenangan yang ada
dan kadang ianya malap seketika diganti hujan atau yang lain nya
mendatangkan rasa selesa tapi disulami rasa suram kurang tenteram
kenangan kau sentiasa terikat kuat
mengikut aku bagaikan bayang bayang
siang malam , pagi dan petang tidak penat tidak hilang 

Wednesday 9 May 2012

kecemasan ini

tolong aku telanjangkan minda aku seketika , biar aku dapat zahirkan apa yang sebenarnya asyik berlegar dalam ruang minda aku . perkara perkara yang berpusing menyenak nyenakkan pemikiran sedikit demi sedikit membutakan wayar wayar akal menghentikan kegunaan akal aku lalu menyelinap memutuskan urat mata sehingga aku buta.mata aku buta.tak nampak warna hanya gelap gelita hitam pekat.teraba raba aku mencari pertolongan.sampai aku terjelepuk atas lantai kotor itu masih tak ada yang membantu.tolong aku sekejap, manusia manusia , kawan kawan , saudara saudara , tolong aku sekejap , please ?

Monday 30 April 2012

mari melawat malaysia

yang tua rasa sangat matang
yang muda rasa sangat gagah
yang berpengaruh rasa sangat diangkat
yang ramai ramai rasa sangat .. ahhhh

elok elok tenang kau bikin tegang
dari aman kau cipta perang
kau ke kau orang semua ke mereka
eh entah ..
yang penting aku tak ikut sama .

rasa tidak selamat
rasa yang tidak selesa
rasa geram tidak tenteram
rasa masam masin menyampah

negara sendiri dah macam istana takeshi
sini bahaya , sana mencabar ,
depan halangan , belakang tak selamat
habis ,
mana tempat selamat selesa
kalau bukan tanah tumpah sendiri ?

Monday 23 April 2012

kita bukan jutawan

kita bukan orang kaya
ada rumah mewah
kete besar moto besar
kita bukan orang kaya
ade duit juta juta
orang gaji dua tiga
kita bukan orang kaya
kita orang miskin
kita orang miskin yang dapat duit lebih sikit

buat apa bangga kalau masih tagih ihsan ? 

Thursday 12 April 2012

# 11 APR 2012

" i try to be strong, but nothing "







perhaps u need someone , 
like i do need someone   
to make me strong   
tho , 
that someone never   
need me at all   

aku juga tak tahu

aku suka tapi tidak tersenyum pula
aku terharu tapi bukan dengan air mata
aku tersentuh tapi tidak tentu rasa nya
aku di awang tapi bukan cinta
aku terpempam tapi tidak shocked riaknya
aku begini aku begitu tapi aku tak tahu
hati rasa sesuatu yang kompleks
sekompleks ikatan DNA
membuat aku teraba raba
mencari yang sebenar

rasa suka atau cinta ?
atau kosong sebenarnya ?

mungkin tak seperti dulu , siapa tahu .

tanda soal ?

dan tetaplah kau menjadi yang terindah
walau hadir nya tidak lah berkala
mewarna titik titik gelap yang suram
seolah olah pelangi selepas hujan
tapi malangnya kau sering hilang
bukan kuasa aku untuk menahan
bukan niat aku untuk membiar
sayang aku sentiasa utuh
kalau cinta juga tak pernah luntur
tapi kuasa manusia berbedung hak
kau bukan hak aku
dan itu batasan paling nyata sekali
permasalahan perasaan menjadi tanda tanya
ketidakadilan dalam bersuara menjadi buruksangka
ketelanjuran berperasaan menjadi punca
yang bersalah tetap bersalah
yang keliru tetap membisu
tujuan tak sampai matlamat kerana maksud tidak disirat
bukan niat untuk membatu
tapi faktor waktu menghalang langkah
tapi manusia jugak tidak boleh terlalu terbuka
seolah memberi ruang untuk berkongsi rasa
kekliruan aku yang menjadi dosa
atau rasa yang berbeda yang menjadi punca
kau terus dengan bayangan khayalan
umpama ninja memburu mangsa
tidak kelihatan tapi mampu dirasa
salah aku yang tidak tahu menilai rasa
sehingga salah percaturan hati
tapi manusia tidak menuntut ilmu hati
hanya pelajaran am dalam diri
jadi siapa yang patut diberi tanda tanya
simbol soal sebenar milik siapa ?

Sunday 8 April 2012

aku bangang , sekian

tak ada banyak beza nya kitaran yang aku ada
dulu macam ni , sekarang pon begini lagi
masih sama semuanya tak ada beza
cuma aku makin malas
cepat terasa cepat terluka
dah makin tua agaknya
aku benci hubungan yang terlalu baik
aku taksuka ada feeling lebih
aku masih seorang yang cepat perasan
masih berfikir dasyat untuk yang simple
aku masih berKBKK untuk paham sesuatu
aku masih buntu untuk tahu yang baru
aku masih bodoh nak paham pasal hati
masih suka menyakitkan hati sendiri
masih bangang mainkan perasaan sendiri
masa mematangkan manusia sepatutnya
tapi aku konpius dengan ketidakmatangan aku
walau masa dah berjalan lama aku masih tidak matang
aku masih yang paling bangang
nak paham orang suka ke tak suka
orang menyampah ke gembira
terasa bangang makin bertambah gamaknya
aku bangang , sekian .

superhero me

 i try to be nothing , but strong .

Thursday 5 April 2012

tanah ku disko mu

marahkan nyamuk kelambu di bakar ,
disebabkan dungu kaum sendiri di cabar
kuman di seberang nampak terang , gajah di depan xdipandang ,
marahkan orang serupa ahli syurga padahal sendiri tidak bermoral .
melayu jangan lawan melayu , tapi tumbuklah melayu
melayu jangan kau buat dosa , tapi bina lah tempat zina
melayu jangan kau hisap dadah , tapi kau edarlah dadah
melayu kau jangan minum arak , tapi kau bukak lah kedai arak
dipanggil bodoh kau marah , dipanggil bijak kau menyalak
tanah yang mundur mau di maju ,
yang menghuni dianggap mati ,
yang ditindas kau pandang lepas ,
yang membantu kau baling batu ,
yang menghina kau angkat nama ,
siapa yang buta ?
buta mata atau dibutakan hati?
nampak duit kau jadi pelesit ,
gila darah gila duit
orang lain kau himpit himpit , kalau boleh kau pijak lenyek
ini kampung melayu , semua kau nak ambik ,
ini tempat melayu , melayu bodoh semua kau pancing ,
melayu bodoh kau jadikan anjing
anjing belaan yang kau boleh jentik jentik
kampung ini , tanah maju kau ,
tanah ini , disko kau ,
tanah ini , kasino kau ,
nanti ...

Tuesday 3 April 2012

mana dia ? entah .

manusia datang dan pergi
itu hakikat dunia , aku tak kisah .
dia juga datang dan pergi
cuma hakikatnya aku sangat kisah
kelibat dia semakin tak kelihatan
sesi pencarian yang aku buat pon tak berjaya
dia seperti hilang ke alam bunian
diam tak bersuara
sunyi tak berkhabar berita
kadang terasa seperti aku perlu guna ilmu hitam
mintak tolong dengan bola ajaib
tunjuk tempat letak dia yang hilang
aku terpikir pelbagai cara yang luar akal
angan aku kuat nak mintak dia kembali datang
aku jampi jampi aku buat semua
dia tetap tak muncul muncul lagi
mana dia pergi ?
dia hilang atau menghilang ?
dia meninggalkan atau melupakan ?
dia membenci boleh jadi .

jangan jatuh dulu

berbicara tentang cinta , bagi aku kosong
berbicara tentang pandang pertama , bagi aku bohong
berbicara tentang sehidup semati , bagi aku dongeng
berbicara tentang kekal abadi , bagi aku gosip liar semata

aku tak percaya semua
bukan sebab aku gila
bukan sebab aku tak cinta kaum adam
bukan sebab aku pernah terluka
bukan sebab siapa siapa

aku cuma belum sedia untuk jatuh
sebab jatuh itu sangat sakit , kawan .

Thursday 29 March 2012

# sentapp

angin malam pun tak akan bisa menghilangkan rasa hangat hati ini
kalau hujan sekali pun belum tentu dapat memadamkan api yang marak ini
kenapa agaknya manusia begini
kadang kala menyakitkan hati ?

Tuesday 20 March 2012

pagi selasa

cakap biar berakal
marah biar bermoral
emosi biar pintar .

memang aku sakit
tapi
yang sakit badan aku
bukan semangat aku .
kbaii 

Saturday 17 March 2012

untuk kawan kawan

bila bunga tengah kuncup kau siram siram
abis semua baja kau tabur
abis semua air kau guna
kau jaga hari hari bagi kembang semangkuk
senang kau nak usung ke sana ke mari

bila bunga taknak kembang
kau kutuk kau keji
kau kata bunga tak sedar diri
kau lupa diri suka nak menghukum
kau letak diri kau paling tinggi

bunga bila kembang , kau lagi lupa diri
mula lah kau bagi baja taik
kau siram pon air kencing hari hari
tak cukup kencing air longkang pon boleh jadi
macamana bunga kau tak mati ?

bila dah puas kau main drama
mula lah nak cantas bunga
tawar hati lah bosan lah apaapa pon jadi
kalau nama manusia memang senang lupa diri
kalau nama lelaki lagi senang lupa diri
lagi lagi yang suka bagi baja taik
siram air kencing air longkang sekali

hai lah manusia , sekali kau bagi taik ,
berkali kali kau dapat taik nanti,
kau tunggu aja lah .

             untuk yang terluka ditinggalkan dan taktahu apa punca . 
@liya & kadum .


hujung minggu

penat
pendek , ringkas , mudah dieja , lagi mudah disebut
tapi rasanya tak semudah abjadnya
ke hulu ke hilir dari pagi sampai malam
berjemur berpanas berpitam terlentang
2hari yang penat umpama 2bulan panjang yang bengkak
masa rasa macam merangkak lambat
stamina makin hilang lesap
sikit lagi sikit lagi bisik otak
hati tetap jerit penat penat penat
badan penat otak penat hati penat
satu hari lagi akan dilalui
semoga esok tenat penat ini TAMAT .

Saturday 3 March 2012

Moti-basi

Bila senyum perkara terakhir yang boleh kau lakukan , bila akur perkara paling mampu akal kau capai,bila diam perkara yang paling terbaik yang kau terdaya, bila mengalah perkara yang paling rasional yang ada.manusia memanh makhluk pendendam. Memilih untuk menghakimi walau diri sendiri dipenuhi khilaf .meletakkan kuasa tuhan pada tagan hina manusia. Dan melantik diri sendiri menjadi hakim di atas bumi ALLAH. siapa kau? Siapa aku? Kita sama, kita HAMBA. lalu apa bedanya kau menghina aku sedang kita sama? Kau terlupa kau juga hanya sementara? manusia durjana sering leka melupai janji pd tuan nya. Cabaran dunia kau lambqkkan tak semestinya kau berdaya bila di sana, ini semua pinjaman wahai kawan . Jangan lupa , PINJAMAN .

Thursday 1 March 2012

1 march

gua dah terlepas 29februari sebab sebuk menghadap kepenatan nak sampai ke bumi shah alam . dan masalah yang mengejar gua macam along yang kejar penghutang 20juta ringgit . ok seryes wa memang kekusutan skang . masalah yang gua pon tataw lah macamane gua nak selesaikan . gua betul betul tnggu tuhan bagi gua keajaiban skang ni . rasa macam nak termuntah bila pikirkan sume bende ni serentak . dan gua tunggu hero gua bagi gua injection . tapi macam hampa je  . gua berharap hero gua dapat suntik gua dengan sedikit kata kata perangsang tapi nampaknya memang harap . arghhhh --.--


so skarang gua rase memang tak ade ape nak diseronokkan dalam idup gua dengan 29februari yang datang 4tahun skali ni kan ? oh mann .



n/k : wey salvatore kau ni memang kedekut kan . arghhh

Monday 27 February 2012

ubat kuat

menerobos pandangan mencari kepastian
siapa diri sendiri di pandangan yang lain
meneliti khilaf dan mengkaji penyebab
berharap ketemu keajaiban
kehadiran yang dinanti kadang kecundang
mengejar ketenangan yang umpama bayangan
mendekat tapi tidak terdakap
kemudian datang semula yang pernah dinanti
padahal tahu sedang di main dusta
apa yang berlaku memutarkan fakta
memaksa akal mula bekerja
membanding beza menolak tambah
fakta harus diambil kira
dusta harus ditimbal setara
jangan biar bayangan diliputi legap
bila fakta diganti dusta
yang palsu ditolak tepi
menempuh kawad duri yang parahkan hati
kuat kuat , kau harus kuat .




picnic minda

melambai tangan dengan fikiran yang kosong ,
melakar gambaran gambaran indah ke langit luas ,
gambaran yang hidup seketika kemudian hilang dibawa angin
tangan mengukir terus tanpa peduli
air menderu deru menghantam batu
puncak ketujuh aku menuju
mendaki lelah mengejar puas
lalu sini duduknya aku .
unggas menyanyi menghibur hati
tapi tetap kosong ruang itu menanti penghuni
rintik mutiara menyentuh pipi 
hujan dari langit tuhan menemani aku
di puncak ini aku kehujanan
berhujan di luar dan di dalam
di luar alam tuhan
dan di dalam hati sunyi




n/k : berhujan di sungai lui , berteduh di puncak gabai

Friday 24 February 2012

# lagu



Wangi kau lalu
Wangi bagaikan oh bunga
Kau tak kenali
Aku yang selalu perhatikanmu
Berseri bagaikan bintang
Ku tak mahu kau kan hilang di waktu siang
Biar pun aku yang asing
Selalu memikirkanmu
Ku percaya cinta itu memang buta
Harap kau sudi mendengar
Deruan pujaan jiwaku
Melalui lagu ini ohh untukmu
Biar pun aku yang asing
Selalu memikirkanmu
Ku percaya cinta itu memang buta
Harap kau sudi mendengar
Deruan pujaan jiwaku
Melalui lagu
Lagu ini ohh untukmu




n/k : hati koyak memerlukan alat jahitan seperti nyanyian . TQ     MW <3

Thursday 23 February 2012

#bicarahati

manis yang direka indah yg dusta
sekeping hati yang remuk
ditutupi ketawa riang penutup bukti
dia yang menanti seperti sang setia
menanti untuk diluka lagi
malu terancang dek akal yang hilang
menjemput babak babak luka meruntun jiwa
sang dungu yang terus terluka dengan tajam nya kata kata
si toyol pandai bermain pedang
langit gelap bumi suram petanda hati nya sedang digodam
itu kisah ngeri , kisah benar tentang si hati mati

diam ,, diam .. DIAM !
jangan ambil peduli .


###


Ya Tuhan
jika dia bukan untuk aku
tolong jauhkan dia dari aku
usah biar timbul segala rindu di hati ini
tolong hilangkan perasaan sayang aku pada dia
aku mohon Ya Tuhan

Wednesday 22 February 2012

##

mentari yang jauh langit yang tinggi awan yang tak tergapai
laut yang dalam tasik yang luas hutan yang tebal tak terokai
manusia yang ramai , manusia yang lalai , manusia yang cuai

rambut sama hitam hati berwarna warni .

ronda pagi

rerumput hijau menyapa pagi , angin dingin mengigit temulang ,
haruman rerumput hijau , menjadi dadah yang abadi ,
embun dihujung tangkai menanti sapaan mentari
anak mentari keluar mendahului mencelik suram bumi
haruman kopi ditangkap hidung seludang
menjadi todi yang sangat melegakan
haruman masakan rangupnya cekodok

yang berselubung teruskan bermimpi
yang terjaga bersedia berjuang

Sunday 19 February 2012

# alkisah

melayu sungguh suka akan misteri
kaum sendiri kau jampikan
kaum sendiri jadi bahan ujikaji
melayu memang sukakan misteri

melayu pencinta alam ghaib
kau bermain santau macam bermain facebook
kau menghantar santau seperti menghantar sms
melayu memang cintakan alam ghaib

melayu memang sukakan iblis
kau berdukun ke sana ke sini
kau labur duit tak kira rugi
melayu memang sukakan iblis

melayu suka misteri
melayu cinta alam ghaib
melayu suka iblis
patotlah TV3 suka buat cerita hantu .



n/k : setiap yang berbuat dosa haruslah bertaubat .
semoga lekas sembuh PAKTAM .

# lagu






When I look into your eyes
It's like watching the night sky
Or a beautiful sunrise
There's so much they hold
And just like them old stars
I see that you've come so far
To be right where you are
How old is your soul?

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up

And when you're needing your space
To do some navigating
I'll be here patiently waiting
To see what you find

'Cause even the stars they burn
Some even fall to the earth
We've got a lot to learn
God knows we're worth it
No, I won't give up

I don't wanna be someone who walks away so easily
I'm here to stay and make the difference that I can make
Our differences they do a lot to teach us how to use
The tools and gifts we got yeah, we got a lot at stake
And in the end, you're still my friend at least we did intend
For us to work we didn't break, we didn't burn
We had to learn how to bend without the world caving in
I had to learn what I've got, and what I'm not
And who I am

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up
Still looking up.

I won't give up on us (no I'm not giving up)
God knows I'm tough enough (I am tough, I am loved)
We've got a lot to learn (we're alive, we are loved)
God knows we're worth it (and we're worth it)

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up










n/k : i wont give up , im still waiting , 
there's so much i need to learn about you,
salvatore .

Saturday 18 February 2012

erk ? entah .

minah ade blog . dia pandai menulis . dia tulis sume jiwang jiwang . pasal pakwe dia . pakwe dia name samad . minah tulis pasal samad hari hari . ayat bunga bunga . ayat sume wangi wangi . ayat hyper bola . kalau bace hati jadi melankolik aje . satu hari samad curang . minah marah , minah rasa kecewa sangat sangat .seminggu diorang gaduh , seminggu minah tak update blog . minah cakap takada mood nak menulis . minah cakap , hati patah , tak ada mangkin untuk menulis sebab samad buat masalah . minah tunggu samad mintak maaf . TAMAT


 " orang bercinta boleh buat ayat mantap mantap wangi wangi bunga bunga dalam blog "

abih orang xbercinta ? erkk . butoh lah . fuck lah fakta kenyataan yang macam nie .

bukan aku punya

The sun rose like it does on any other day, on the day you shot me in the back of the head.

I'd just made coffee and you'd come back from doing the groceries and I asked if you wanted some without turning my head to look at you, on the day you shot me in the back of the head.

And I hit the floor so slowly and so hard and without any real warning, on the day you shot me in the back of the head.

I knew we'd had our differences and our silences but I didn't expect it to end like this, on the day you shot me in the back of the head.

I thought there'd be more time, on the day you shot me in the back of the head.

If I was still alive at that point, I imagine I'd smell cordite and sulphur filling the room and hear the echoes bouncing off the walls, on the day you shot me in the back of the head.

I imagine there was a look of surprise on my face, on the day you shot me in the back of the head.

I wonder if you thought you were being merciful by waiting until I wasn't looking, on the day you shot me in the back of the head.

I probably stared off at a distant point, while you gathered your things together and left, on the day you shot me in the back of the head.

And I know that my body was there for a while and that the room was dark and that it was very quiet, because of what you'd done, on the day you shot me in the back of the head.

But what you might not know, is that I got up.

And washed my face.

And the sun rose again.

On the day after you shot me in the back of the head.




aku ambil dari http://www.iwrotethisforyou.me/ . 
aku letak bukan suka suka . bukan .
bukan untuk bangga hasil orang di laman aku . bukan .
aku letak kerana aku nampak aku dalam cerita itu .
arimsa , ini memang untuk engkau .

Thursday 16 February 2012

malam malam jumaat

satu perasaan dimana hati minda tangan dan segala urat saraf berkehendakkan aku menulis sesuatu . tapi sebnarnya terlalu banyak sesuatu yang bersarang dalam hati dan akal sehingga tiada satu pun yang dapat aku uraikan menjadi bait bait kata yang sesuai . kependekan nya aku bingung .



bingung atau pilu atau rindu ? semua xseerti .

Wednesday 15 February 2012

cubabacakalauhandal

akumasihmenanti,menantimanatahukalaukalaukauakandatangkembalimacamsebelumini.seriusakurindudengansendaguraugelaktawakau.

Tuesday 14 February 2012

beberapa , lalu , maka

beberapa tahun ke belakang , aku sering bermain perasaan
ke sana ke mari sibuk melacur cinta konon nya
beberapa minggu yang lepas , aku sering rasa tersisih
tak tentu arah seperti seorang patah hati
beberapa hari lepas , aku bertekad untuk berkahwin
berkahwin dengan encik tanggujawab
kami berkawan sudah sekian lama , sejak kecil
tapi memikirkan kononnya aku masih muda ,
aku abaikan saja encik tanggungjawab ,
beberapa hari lepas , terasa diri makin tua
harus sedia harus fokus harus tetap hati
lalu aku pon memilih encik tanggungjawab
lalu aku ikrarkan cinta aku kepada dia
berjanji untuk taat setia ke akhir nyawa







aku nak tidur atas duit .

Monday 13 February 2012

#lagu











err , pedulikan suara yang kurang meletop seperti anuar zain , pedulikan wajah yang tak setanding aaron aziz , pedulikan video yang simple tak setaraf jacklyn .
pedulikan semua itu kerana aku hanya nak kau fokus pada liriknya . terima kasih .
 

Sunday 12 February 2012

nyanyi


Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Baling ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan



dengar , nyanyi , hayati 

jakarta malaya

10tahun sudah berlalu ,
bangunan itu masih utuh disitu
bangunan itu riuh rendah suara manusia
bangunan itu hiruk pikuk suara peniaga
bangunan itu bersimpang siur oleh pembeli
bangunan itu usang kusam tapi masih sama
ruang nya masih kekal sama
yang berbeza cuma juadah mata nya
penuh dengan jiran tetangga
dari negara bersebelahan kita




plaza hang tuah ; kota jakarta di tanah malaya

Friday 10 February 2012

memory memori

Wednesday 8 February 2012

jam 0247

aku melacur cinta
untuk mencari sekelumit bahagia .
aku menjaja kasih
untuk mencari secubit gembira
aku menabur sayang
untuk ....
tiada apa ...
tiada apa apa ...





buntu .
pulang pada pencipta
pulang pada jalanNya
pulang pada Dia

segeralah wahai hati

siapa bodoh ?

aku akui
nama kau masih mendatangkan rasa gentar dalam diri
aku akui
sekali sekala mendengarkan nama kau
masih mendatangkan ketidakeruan di hati aku
aku akui
masih tertanam memori kita di hati
aku akui
aku bodoh kerana mengakui ini .








aku takbodoh , kau bodoh 






Monday 6 February 2012

ini kali

" aku perlu sedikit minyak , agar pergerakan aku lancar tidak lagi terketar ketar "



cma weyh

Friday 3 February 2012

lari dalam guni

sudah terang lagi bersuluh
mana perlu mana tidak
kalau buta pon boleh tahu
tiggal tunggu kau nak telan
kau yang mula kau yang cipta
tak habis cerna kau nak kecewa
habis tu , kau nak salahkan siapa ?
semua berpunca diri sendiri
bermain api tapi tak tahan bahang
sekarang kau fikir
sekarang kau renung
baik kau berhenti
atau kau tahan sakit sampai mati



n/k : yang mula patut tamatkan

dosakah dia ?

dia terlalu asyik menurut takdir diri nya
sehingga terlupa apa itu ayah
mendengarkan suku kata itu dia kaget
tak mengerti seperti hilang daya imaginasi
bagi dia sukar untuk dia menemu jawapan
yakni dari dalam kamus sakti hidup dia .
yang dia faham
dia wujud atas kewujudan lelaki itu .
tapi apa dia ayah itu ? dia lupa makna nya
terlalu kecil pengetahuan nya tentang ayah
siapa ? apa ? di mana ? kenapa ? bagaimana ?
dia sukar menafsir jawapan
dia diam berfikir kalau kalau ketemu 
tiada apa yang muncul dalam kotak minda
selain sesisip pengertian
ayah , lelaki yang hilang dari hidup dia sejak lama dulu
sejak dia berpisah dari perut ibu
diam diam dia tunduk fikir
dosakah dia ?
bila terlupa erti itu .




n/k : aku tak lupa tapi aku tak mahu engat .

# he quote


JANGAN BUAT WANITA ITU JATUH CINTA, KALAU ANDA TAK CINTAKAN DIA

-USTAZ AZHAR IDRUS-


n/k : TQ bobol :)

Thursday 2 February 2012

#notetoself

peringatan untuk diri sendiri ::

     " jangan mudah menyalahtafsirkan kebaikan dari oranglain , tidak kira lah sebesar apa pun . yakni walau satu senyuman pun . engat tue , engat dan tanamkan dalam hati "




n/k ; aku memang cepat perasan -.-

Wednesday 1 February 2012

# lagu

Lautan Yang Berapi
Daratan Yang Berduri
Bagiku Bukan Musibah
Malahan Hikmah Berharga

Katalah Apa Saja
Yang Jelik Penuh Dusta
Kau Bebas Warnai Diriku
Di Minda Yang Kelabu

Siapa Diri Ini
Tuhan Yang Memahami
Amarah Dan Kecewa
Hanyalah Bara Membakar Jiwa

Sungguh Pun Ku Terkilan
Terguris Perasaan
Ku Pilih Berdiam Diri
Tanpa Dendam Dihati


thanks dato siti

minum petang

bisikku pada bulan..
kembalikan kekasihku,
temanku,
syurgaku,
tanpa dia,
malam menemaniku,
sepi memelukku..
bulan jangan biar siang,
biar alam ini kelam,
biar ia sepi sepertiku..
 
 
 
 
sepi ; khabir bhatia 

1:55 pagi Rabu

dan aku bukakan engkau lembaran baru
hamparan kosong untuk kau warna
dengan isian isian lompong akal kosong
yang penuh dengan dongeng menipu
dan engkau hamburkanlah segalanya
biar ditatap oleh mata mata ghaib
yang tak bisa engkau mengerti hadir hilang nya
dan kau teruskanlah menabur rasa
lalu di semadikan di lembaran itu
semoga ia bercambah dengan segarnya
di gelanggang penipuan yang kau cipta sendiri
dan engkau terus tekun membajak rasa
menuai kisah cinta setia yang dusta
membela rasa kasih yang malang
berpenghalang , tidak dipandang
engkau semakin leka ,
sibuk bermain kata kata .
teruskanlah sampai kau lelah .



Tuesday 31 January 2012

untuk yg sgt pendiam

diamlah kau selagi kau mampu
diamlah kau selagi kau rasa perlu
diam kan aku , diamkan semua ,
diam selagi kau rasa kau mahu .
kalau diam dapat membuang rasa bosan
kalau diam dapat membakar rasa muak
kalau diam dapat menepis rasa jijik
kalau diam dapat membuang rasa menyampah
diamlah selama kau mahu
selagi aku termampu , aku tunggu
untuk mendapatkan semula
kau yang dahulu .








n/k : cepat cepat kembali energizer ku .














Monday 30 January 2012

penakut





Dan cmaweyh aku memang penakut
Mengakui cinta kepada nya mu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku



n/k : kau tetap juara di hati aku , yuna :)

Friday 27 January 2012

thankyou



I made myself from all the love you no longer wanted.
Just so you know, there are days when I'm a complete and utter insecure, paranoid wreck
but 
I made myself from all the love you no longer wanted. 
This is me . I am me .
thankyou , asz
 
 
 
 

tajuk : ( belum diisi )

tolong aku define kawan ,
explain aku pasal perasaan ,
terasa makin bangang dalam kehidupan ,
baik yang formal atau logik akal ,
tolong aku define suka ,
explain aku pasal cinta ,
terasa makin bodoh nak menilai rasa ,
tak kesah yang manis gula atau pahit peria ,
sebab aku taknak hilang rasional
membunuh antibiotik menternak parasit ,
mengigit seperti anjing tersepit ,
membuang yang patut disimpan
membazir yang patut dijimat ,
aku nak stabiliti tinggi ,
tak bergoyang sewaktu meniti
tak menyakiti tak disakiti
tak cacatcela semua sempurna
aku nak semua nya seperti sedia kala ,
tolong aku sekali lagi ,
kali yang memang bukan terakhir ,

kau , boleh ?


n/k : Joyah , awak tolong senyum pelizz .

memang bukan gua




gua memang tahu , memang bukan gua . haha.
tapi , gua kesah ape sebab lagu ni memang sedap kat cuping gua :))




kata orang

orang kata  ,
kalau kusut , kalau keliru , kalau taktahu ,
kalau dah jumpa jalan buntu ,
ikutlah kata hati kita sendiri ,
tapi ,
bila aku ikut kata hati ,
asek jumpa kau kat hujung jalan  ,
arghhhh ..


tambah buntu -.-

Tuesday 24 January 2012

foryou






i thank you , i miss you , i love you !