Saturday 29 December 2012

# untukyangmeraikan

tiada intan mahupun permata
untuk dijadikan dulang cenderamata
di ulangtahun hari lahirmu
hanya secebis nukilan
nota nota muzik yang gemersik
alunan ukulele kuning milik aku
di alunkan seikhlas murni hati aku
untuk kau perdengarkan
semoga mengharmonikan halwa telinga mu

tarikh ini amat bermakna
sentiasa aku kenang
maafkan aku andai ucapan aku tak diundang
semoga kau sentiasa berbahagia sayang
walau dimana kau berada
atau bersama siapa sahaja


selamat ulangtahun sayang .



29December2012

# kasihnya ibu

28DECEMBER2012

selamat ulang tahun ibunda sayang
moga dilimpahi rahmat dari yang esa

sayang ku tak berbeda hanya untuk mu
sesungguhnya kau lah ratu ku

sayang ,
anakmu, siti rozemah bte abu bakar a.K.a cmaweyh

Thursday 27 December 2012

# entri-haram-bapak-bosan

beberapa hari lagi sebelum kita melangkah ke fasa membuat azam baru . itu bermakna hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk kita semua melunaskan apa yang belum kita selesaikan dari lori azam untuk tahun 2012. sangat laju masa beredar sekarang , serasanya aku baru aje update tentang tahun baru 2012 . tapi dah sampai di penghujung dah rupanya . umur semakin meningkat , 23 akan jadi 24 . nombor semakin bertambah dan aku jugak semakin menjadi malas . nope , bukan malas yang itu  . malas dalam nak melengkapkan idup dengan eksesori kehidupan . famili aku sibuk bertanya kan orang di sisi , orang di hati dan macam2 lagi . aku pulak tak lalu nak berfikir . kerjaan belajar aku rasa dah maximum dah aku boleh pergi , tak pasti setakat mana aku mampu untuk tolak lagi kekuatan diri ini . dan tentang perasaan yang semakin lama semakin datang dan pergi . aku dah bosan ke menunggu dia ? salah aku lah jugak sebab mane ade die suh tunggu . die kodok je kot tak kesah . aku rase ade bezanya rasa ini sebelum dan selepas aku membodohkan diri mengakui pada dia secara direct . HAHAHAHA . kadang manis kadang masam kadang macam haram . aku harap , masa beberapa hari ni , aku dapat perbaiki azam aku yang berbaki lagi . sebab salah satu dalam list tue ialah nak melepaskan dia dari sangkar hati aku . ecehhh , ok fine . aku seryes . tulis karangan panjang2 aku pon dah letih . nampak sangat dah tua . dayyum .

# percobaan

hari hari dimana kau solo
kau dah lama solo
dah hanya simpan hati dekat bekas cikgu kau
yang konpim konpim taknak kau
dan kawan kawan kau sume balik
dan kau sorang sorang melayan lara
sebab masih ada keje yang kau kene siapkan

cuba kau bagi tahu apa bende
yang paling syok dibuat time macam ni ?

hari hari dimana kau dah sunyi
kau pon jadik rindu
rindu macam nak mati kat orang kau suka
sebab kau bukak facebook
kau stalk die , kau cair abis
kau bukak bbm kau nampak die
kau rindu abis
padahal die kodok je tak engat kau
cuba kau bagi tahu ape bende
yang kau nak buat kasik kau waras hati balik ?


hari hari di mana kau muka tak malu
sepatut takpayah kontek , sms ke bbm ke
tapi kau tebal muka buat semua
mesej selamat pagi lah jadah ape tah
lepas tu kat bbm pon kau tibai kacau
kemon la hai , bbm kot
boleh tahu kalau dah baca tp tak reply
hah ! amik kau koyak dada sendiri
cuba kau bg tau ape patut kau buat
agak agak campak BB kat dinding melampau sangat tak?


**gelak-joget-joget-inang**

Wednesday 26 December 2012

#random kopi paste

anthazagoraphobia

(n.) the fear of forgetting, being forgotten or ignored, or being replaced

Monday 24 December 2012

# syukur

kadang yang terindah bukanlah selalu hadir
tapi kalau skali skala die datang
aku syukur


# trimas

terima kasih
sebab kadang kau sorokkan kemalasan kau
dan menyedapkan hati aku yang gampang
memang kau seorang yang baik
sungguh aku tak tipu

terima kasih :)

Friday 21 December 2012

# hari ini aku sakit

izinkan aku menyunting kata , yang secamping rasa
untuk aku legakan hati yang kian jauh malap
semoga kosa yang bermakna menghiasi setiap bait kata
lalu mengisi setiap ruang yang hanya bersisa hanyir luka
dan terungkaplah rahsia jelik seorang manusia

rindu aku rindu , pada si dia yang jauh
pada dia yang aku ada tapi tak empunya
memohon kekuatan menumpang bahu
jauhnya duduk dia , dekat di hati aku jua
mana agaknya tuju jalan penyudah cerita

kisah aku yang melangkah sumbang tidak bernada
tangan ditepuk tidak berbunyi akibat tidak bersambut
maka dibiar sepi kisah yang mati menjadi dongeng
jalan diikut sejarah tak diungkit . diam diam .
malu ditutup muka , hati dibiar luka .

usaha sudah menunggu pun sudah , lama sekali
jawapan tidak diberi , penanda hanya klu kabur
penakut untuk ditinggal kecut untuk kehilangan
hati kembang penuh harapan palsu , ciptaan sendiri
tolong , tolong berhenti .

kisah manis fantasi aku sudah tamat
sudah sampai penghujung jalan
pungut semua cerita dongeng , bawa bersama
tunggu di hujung jalan dan buang di longgokan
bersama luka luka duka yang lainnya

bersedia untuk memadam segala yang ada
sedikit demi sedikit , moga jaya menanti di sana .



CM , rasanya sangat sakit . sungguh .

# ajari aku

Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki
Rasa yang luar biasa
Untuk ku dan untuk mu
Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Kerna kau cahaya hidupku
Malamku tuk terangi jalanku
Yang berliku
Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku….
Ajari aku tuk bisa mencintaimu
Mungkinkah semua akan terjadi
Pada diriku
Hanya engkau yang bisa…
Mencintaiku
Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku….
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku….
Ajari aku untuk bisa mencintaimu


 kalau bukan di sini , moga aku temui dia di syurga .

# harapan

aku ada yang berjalan beriringan bersama aku
mereka berkumpulan
mengelilingi aku mengawasi aku
di tangan mereka membawa harapan
harapan untuk aku sambut
harapan untuk aku
membuang harapan .

tak mudah untuk membuang ,
tapi perjalanan harus aku
teruskan .

Thursday 20 December 2012

# jantan

perkara mudah jadi perbesar
yang ringan kau berat kan
kalut mencari kesalahan sekeliling
sibuk perbetul kanan dan kiri
tengok cermin , suluh diri
dah macam ketam mengajar berjalan
dah macam pandir yang belajar membongak

jangan nak berlagak matang
bila sendiri serupa tak ada batang
nak cakap besar biar bertempat
nak berlagak biar kene gaya
jangan lagak gaya macam gampang
tapi sibuk nak menjaja orang

kemon la ,
kalau kau hebat sangat ,
kalau aku salah sangat ,
mari sini cakap depan depan ,
mana tahu kau boleh ludah muka aku

mahu ?
butoh la!

Tuesday 18 December 2012

# minggu.akhir

semua yang di sekeliling aku
semuanya berkata kata bercerita panjang
tentang pelbagai tapi aku bagai tak mendengar
di mana aku ?

melangkah mendapatkan sesuatu
diiringi janji janji manis
dan helah pujukan yang melalaikan
menjadi magnet membawa aku ke situ
tertipu kah aku ?

kawan yang bersama sedang ketawa
bersama sama mengumpul idea
tapi aku seperti terasing oleh tembok tembus cahaya
suara aku hanya tenggelam
mengapa dengan aku ?

jalan ini semakin penuh duri duri halangan
jalan ini semakin sempit
jalan ini semakin sukar untuk aku lalui
benar kah aku di jalan yang benar ?

Monday 17 December 2012

# aizat - bila waktu berhenti



Aku tahu tiada rasa yang sebegitu
Menyenangkan rasa pagiku
Mungkinkah kau juga begitu
Waktu lena waktu terjaga tiada beza
Adakah aku terpedaya dengan perasaan membuta
Aku tinggalkan semua hanyalah untukmu


[Chorus]
Semua takkan terjadi
Semua takkan terjadi
Bila waktu berhenti


Aku tahu tiada tempatku tuk bertanya
Hanya termenung lama-lama
Menanti dengan angan-angan
Mungkin nanti akan terdaya melupakanmu
Memulakan kisah yang baru
Seperti kau tak pernah ada


Aku tinggalkan semua hanyalah untukmu
Semua takkan terjadi
Semua takkan terjadi
Bila waktu berhenti


Semua takkan terjadi
Semua takkan terjadi
Bila waktu berhenti





n/k : semua takkan terjadi . itu fakta . 
bila agaknya waktu aku akan tiba ?
untuk bukak langkah dan pergi ? 

Thursday 13 December 2012

#ini memang novel

bila manusia dalam kondisi paling restless , urat dalam badan dah menengang ,  otak mula lesu , wayar suma loose mcm gampang . memang manusia tak mampu nak letak otak pada garisan yang lurus dan berpikir dengan akal yang sehat . semua yang dia nak buat cuma nampak bintang bintang . sume nampak macam lopong je . yang ada hanya diri sendiri dan kerja yang mgunung kat depan muka . sumpah memang macam haram .
malu nak mengaku tapi kondisi aku memang dah macam tu . mata aku dah serupa mata panda . bukan aku nak cakap apa tapi rasa macam badan menyerupai panda pon dah wat gua seksa bro . skang mata gua plak macam panda . pehh gua memang pedih hati skang . aku rasa banyak betul dugaan yang mendatang . sampai aku nak nyanyi lagu siti nurhaliza kadang2 . aku cekal je hati ni . sebab ngenangkan ahad aku punye hari nak datang . peh peh peh .
ok , ahad ni aku ade presentation final year project . kemon lah fyp kot . aku dahlah nak grad on time . hahaha . ok tak lawak . aku seryes lah ni . skang aku rase aku memang lalok . fine fine fine . matilah aku nak cakap ape ke tulis ape . eh , emo plak . hahahahaha .temujanji dengan abang hensem dah terlepas . padan muka aku . jantung dah merengek2 . dayyyummm . aku memang cuai .
pandang rak buku aku nampak buku library . 3bijik dowhh . aku patut pulangkan 5hb . arini ? 13hb dah ! MATI LAHH ! ok next , pandang whiteboard . next week test 3 EIS ? hell yeah . aku tak study jadah ape pon . ESOK present EIS ? memang nak bunuh aku ke ? kemon la dr LAU . sabtu nk p taiping . gua memang suka melancong kan . hahaha . ok ape aku repek ni ? kerepek dah nie .
blablablablablablabla aku rasa aku dah makin lalok makin sawan makin gile . senin depan belajar kete . rabu aku JPJ test . helllllooooooooo . aku dalam kondisi malas ni mampu ke nak wat sume ni hoiii ? hahahahaha. amik kauuu panjang aju taip . kalah intro fyp dowhhh .  ok skang ako rase macam final yearrr ni heaaaaaaaveeeeeennnnnnnnn sgttt . pftttttt .
i need a life  . sehari pon jadi lah hoiii . ok abis . sambung jadik panda . kbaiiiiiiiiiiiiiii .







                                                                                         ########aku memey gilo dahhh

Wednesday 12 December 2012

#121212

tarikh yang cantik tak menjanjikan kenangan yang cantik juga .



                                                                              (cmaweyh2012)

Sunday 9 December 2012

#kadang aku taktahu

terima kasih tuhan
kau pinjamkan lagi dia untuk aku
kau berikan dia ketenangan hati
untuk menghadapi insan y seperti aku
kau bagikan dia hati yang lembut
untuk melayan
kerenah insan yang seperti aku
aku rasa bersemangat untuk melangkah
ada mereka  , ada dia
ampunkan aku tuhan
jikalau aku ter alpa
jikalau aku terlupa
siapa aku sebenarnya
aku mohon tuhan
kau tetapkanlah hati ini
pada yang benar
agar hati aku tak terkeliru menilai
agar hati aku lebih mahu mendengar
agar hati aku tidak lagi mengikat dia
agar hati aku tidak lagi membebankan dia
aku mahu dia tenang
aku mahu dia senang
aku mahu dia lapang
tanpa insan yang membebankan
seperti aku ini .
berikan aku kekuatan tuhan
untuk tidak lagi menyedut semangat daripada dia
izinkan aku tuhan membina kekuatan sendiri
berikan aku tuhan
semua zarah tenaga yang dulunya hilang
aku tak sanggup lagi jadi insan bermuka tebal
berikan dia bahagia tuhan
berikan dia gembira tuhan
dengan membawa hati aku jauh
daripada membebani dia 

Tuesday 4 December 2012

#04122012

selamat pagi malaysia
selamat pagi rakan taulan
selamat pagi yang tersayang
selamat pagi yang jauh juga

selamat pagi semuanya
syukur alhamdullilah
masih lagi tuhan memberi peluang

melangkah lah dengan maju
melangkah lah dengan berani
melangkah lah dengan gagah
melangkah lah dengan semangat

jangan bawa karung masalah
jangan pikul guni bimbang
jangan bimbit beg kesakitan
jangan junjung bakul kemalasan

tinggalkan semua
ayuh kita melangkah bersama
mengejar sana

Monday 3 December 2012

# duga

kalau nak dilahanatkan aku
aku terima seadanya .
aku tak marah , aku bukan pemarah .

memang aku poyo ,
teruskan katakan aku poyo
koya juga sama makna .

aku beri kata kuat , kata semangat
untuk mereka yang bertanya
untuk mereka yang hilang energy
untuk mereka yang hancur hati
untuk mereka yang kosong minda
aku beri kata kata harapan
kata kata untuk membuka jalan

sedang aku sebenarnya menghancur sendiri

bukan itu yang aku bangga
tapi satu yang kau tak pernah duga

mereka yang berlalu bersama perkataan ku
meninggalkan aku secebis tenaga
mereka membuang habisan sisa tenaga lama
kerna mereka sudah bisa rencana semangat baru

aku terubat dari situ sebenarnya
kau tak pernah duga , bukan ?

Saturday 1 December 2012

# Best Quotes: Because of you

Best Quotes: Because of you:

Ever have that one person in your life that you just can't give up on, 
the one person who can screw you over time 
after time yet you always seem to give 
them another chance, 
and no matter how many times you say 
this is their last one, 
you know it's a lie because there's always 
just one more waiting for them. 

The one person you know you're better off 
without but yet you can't find a way to let them go 
because deep down inside you wouldn't know 
what to do without them. 

The one person that you know doesn't deserve you but yet you choose to overlook it. 
Because of your love.