menanti subuh yang terasa jauh
kerana memperingati orang yang jauh
jauh dari pandangan
jauh dari gapaian
dekat dia di hati aku
jauh aku di hati dia
pasrah yang direka
redha yang tak seberapa
hati terkoyak berluka kering
dibiar lama tak kebah masih
sakit terkadang ditahan sendiri
mampu untuk sampai bila
aku hitung terus mengira
tulisan untuk diri sendiri . dari hati naik ke minda lalu menggerakkan jemari menyusun kata yang seribu makna nya .
Monday, 26 August 2013
# mukabaru
aku muka baru , kau muka lama
aku budak baru , kau budak lama
tak apa lah aku tak kesah
kita melayu sama bangsa
kau orang bandar
aku orang kampung
tak apalah aku tak kesah
belajar tak tinggi mana
aku pon sikit lebih kurang sama
tapi hormat dan adab jangan lupa
tak apalah kalau kau tak kesah
tapi aku kesah.
jadi melayu biar beradap
jangan mudah melatah bila diatas
dulu awal jejak kau dibawah juga
yang baru bakal ke atas
yang lama takkan nak dicantas
hormat sikit tak jatuh pangkat
biar kurang belajar
jangan kurang ajar
aku budak baru , kau budak lama
tak apa lah aku tak kesah
kita melayu sama bangsa
kau orang bandar
aku orang kampung
tak apalah aku tak kesah
belajar tak tinggi mana
aku pon sikit lebih kurang sama
tapi hormat dan adab jangan lupa
tak apalah kalau kau tak kesah
tapi aku kesah.
jadi melayu biar beradap
jangan mudah melatah bila diatas
dulu awal jejak kau dibawah juga
yang baru bakal ke atas
yang lama takkan nak dicantas
hormat sikit tak jatuh pangkat
biar kurang belajar
jangan kurang ajar
#typical malaysian.
Subscribe to:
Posts (Atom)