Sunday 18 September 2011

aku tahu




menyadari bahawa aku menyayangi kau , suatu yang janggal bagi aku . menerima fakta hati mengatakan aku jatuh kasih pada kau , suatu yang sangat aneh . perasaan itu sangat sukar ditafsir tetapi semakin bercambah dalam diri . pertama kali rasa cemburu aku timbul untuk kau , sedikit sebak dada aku menahan sedih . terkadang melihat kau bermuram , aku menjadi turut suram . jarak mutlak antara kau aku sangat jauh . jarak darjat juga sangat berbeza . kesilapan aku adalah aku mempunyai rasa ini , kesilapan aku adalah tidak mampu menahan perasaan ini dari berkembang , kesilapan aku adalah tidak mahu berterus terang , kesilapan aku ialah ketakutan kepada kebenaran . kebenaran sahih aku bukan yang sepadan untuk kau , kebenaran tulen kau takkan memilih aku , kebenaran tepat kau takpernah memikirkan aku , kebenaran pasti kau takkan pernah walau sekali menyukai aku , takkan . aku tahu .



n/k : tahu saja takcukup untuk halau rasa itu ; BUNTU

No comments:

Post a Comment

komen jangan tak komen