Wednesday 25 August 2010

kanta-mata

apekah signifikasi-nya aku menghabiskan masa menghadap blog berjam jam. kadangkala hanya untuk membaca entri-entri baru yang di tulis oleh seorang remaja yg masih jagung muda. kadang-kadang menghabiskan masa membaca puisi pendek yang tak kurang berdengung telinga mendengarnya. aku tak kesah untuk menghabiskan masa pada semua ini . kerana ini aku . siapa kata menulis blog itu bodoh ? siapa kata membaca blog itu bodoh ? maknanya kau mengatakan kau juga bodoh . kau juga membaca dan menulis sehari-harian kawan . jangan kau lupa itu . mulut manusia mmg sering alpa bila berkata-kata. takmengapa aku sudah terbiasa dengan itu sehingga ianya tidak menyentuh hati , angin sepoinya juga tak terasa. blog bukan sekadar laman sengsawang untuk ramaja-remaja buang masa tapi kau cuba baca mana tahu kau juga terikut sama cara aku ini . benar,aku tak tipu . isi mereka bukan omong kosong . kelak akan tutup lohong hati kau itu. mari baca. kau takkan rugi kawan .

No comments:

Post a Comment

komen jangan tak komen