tulisan untuk diri sendiri . dari hati naik ke minda lalu menggerakkan jemari menyusun kata yang seribu makna nya .
Thursday, 30 June 2011
30-JUN-2011
akan ada keajaiban yg berlaku hari ini
ako berharap
dia akan tahu untuk kali ini
ako berharap
dia akan memberikan sesuatu hari ini
ako berharap
harapan ako tak palsu
ako tunggu ...
.....lagi....
30-JUN-1989
aku bersujud memberi kesyukuran padaMU
bertambah lagi usia ku ya tuhan
bertambah lagi tanggungjawab ku
terima kasih tuhan ,
kau berikan lagi aku peluang meniti kehidupan ini .
terima kasih
mak tersayang melahirkan aku
sesungguhnya kau lah bunga hati aku
terima kasih rakan rakan teman taulan
ucapan kalian paling bermakna kala ini .
terima kasih isi bumi , bulan dan matahari seluruhnya .
Sunday, 26 June 2011
kata dia
Friday, 24 June 2011
bulan dan matahari
Thursday, 23 June 2011
tahniah
dia bakal terbang makin jauh
jauh dari aku .
aku masih tunggu .
tetap .
sampai
dia taktahu
semalam aku cemburu dgn dia
dia taktahu
semalam aku sedeh dgn dia
dia taktahu
semalam aku tunggu dia
dia taktahu
arini aku rindu lagi
dia taktahu lagi
sampai bila dia nak tahu?
sampai bila aku nak
tunggu?
tunggu?
tunggu?
tunggu?
tunggu?
tunggu?
sampai dia tahu ...
cinta dalam hati aku ..
sampai dia tolak cinta aku ..
Wednesday, 22 June 2011
?
cinta , perlukah aku ?
Sunday, 19 June 2011
selamat hari bapa , mak .
dari aku untuk
mak yang aku cinta sungguh sungguh .
yang membesarkan aku menggantikan insan yang bergelar bapak .
kemudian untuk
semua bapa bapa seluruh dunia
yang tak mengecewakan anak bini nya
yang tak melupakan anak bini nya
yang tak memalatkan anak bini nya
yang tak mengabaikan anak bini nya
yang tak merosakkan hidup anak bini nya .
untuk bapa yang benar benar bergelar bapa bukan sekadar panggilan
selamat hari bapa aku ucapkan .
pemuja rahsia
ungu - percaya padaku
aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu
seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu
reff:
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)
agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku
repeat reff
tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu
repeat reff
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
pembakar
itu dia bahagia .
siapa kata bahagia selamanya ada ?
mungkin dia biasa dengan cerita dongeng .
berputar seperti roda , bergerak beturutan seperti jam
itu dia kejayaan .
siapa kata kejayaan selamanya milik dia ?
mungkin dia lupa akan lumrah dunia .
dua dua aku percaya , dua dua aku rasa
jatuh bangun , sakit segar , seksa gembira ,
semua ada dalam buku sejarah hidup aku
kau selak satu satu kau teliti sampai jumpa .
bila kalah memang pedih tapi nak mengalah memang payah .
karat
siapa aku ?
si setia yang percaya pada jodoh
atau
si bodoh yang dungu mengharapkan jodoh ?
sadis
thanks along . I LOVE YOU . aku tak rase kekurangan apa apa sebab kau ada . terima kasih . aku pasti akan jadi hebat macam kau , satu hari nanti . AMIN .
Wednesday, 15 June 2011
monolog
aku pon bertambah layu
kalau ada baja yang boleh diguna
dah lama aku telan semuanya
menulis memang medium paling hebat
setiap hari aku menulis
dan aku seperti mengoyak
kuping kuping luka yang semakin kering
dan aku kumpulkan kuping kuping tersebut di dalam kotak emas
aku simpan di dalam peti
moga ia jadi kenangan di masa hadapan .
kalau dahulu aku menulis kerana emosi
dan kini menulis sebagai satu aktiviti tambahan
senaman untuk jari jari aku yang makin malas
dan kadangkala untuk insan insan tertentu
menulis menulis dan menulis
aku tak jemu , aku puas .
Monday, 13 June 2011
semalam ribut , hari ini apa ?
kesian en.anda , terpaksa menjadi mangsa di tengah malam buta ,kan ?
terima kasih pada en.anda , nasihat en.anda selalunya buat aku bersemangat paling membara .
mana mungkin aku tak sayang dan makin cinta insan seperti en.anda , humm .....
maafkan aku wahai bulan matahari bintang ku .
aku terpaksa membuat pilihan begini atas rencana yang terjadi.
maafkan aku wahai penyeri ceria awan gembira ku.
aku terpaksa bukan kerana aku rela .
sahabatku kawan ku telinga pendengar setia ku.
mungkin aku terluka kecewa tapi tak bertanda
mungkin aku gusar terasa tapi tak bersuara
mungkin aku sakit pedih tapi tak mengaduh
dan mungkin itu bukan mungkin .
sahabat sejati kalau kau masih ,
aku harap kau kembali pulih .
wahai hati kau tenanglah ,
aku biarkan kau mencari ruangmu
wahai hati kau senyumlah
aku biarkan kau keluar dari dukamu
wahai hati kau sabarlah
aku akan pastikan ini sementara.
dan sekarang ......
perlu berehat , mencari sedikit ruang ketenangan . senyum ....
fak-ta-au-ta
entri kool
kalau kau dapat hidu semua tahi yang oranglain sorok belakang kau !
cukup sial aku rase .
kau pernah ?
rasa sakit tapi tak berpunca
rasa kecewa tapi tak terungkap
rasa di tikam tapi tanpa pisau nya
rasa di maki tapi tanpa suara
rasa duka tapi tak berair mata
rasa yang berbagai rasa ....
tapi hanya kerana seorang manusia
pilih
apa yang paling sukar ?
aku jawab - membuat pilihan
pilihan - mengambil satu keputusan antara beberapa jalan yg diberi
kalau ako diberi peluang
aku takkan memilih.
aku akan simpan semuanya
kerna aku sayang dan aku kasih semuanya
maafkan aku
terpaksa memilih
Sunday, 12 June 2011
awak sedar tak ?
awak sedar tak ?
semakin hari semakin sayang
awak sedar tak ?
semakin hari semakin rindu
awak sedar tak ?
semakin hari semakin perlu
awak sedar tak ?
semakin hari semakin keliru
awak sedar tak ?
awak , saya semakin cinta sayang rindu perlu dan keliru dengan awak . kenapa awak memberi harapan palsu kalau awak takperlukan saya ? saya rela mencinta awak dalam diam . jangan perlaku saya begini . jangan pura pura macam awak taktahu dalam hati saya ada awak . awak jangan layan saya macam ni wak , nanti saya keliru awak . saya tahu awak tak cinta sayang rindu perlu saya . sedikit pon tak . jadi hentikan lah . jangan buat saya kecewa nanti . saya takmahu hati ini pecah lagi. saya taklarat nak tahan sakit lagi wak .