Wednesday 15 June 2011

monolog

hari hari makin sayu
aku pon bertambah layu
kalau ada baja yang boleh diguna
dah lama aku telan semuanya


menulis memang medium paling hebat
setiap hari aku menulis
dan aku seperti mengoyak
kuping kuping luka yang semakin kering
dan aku kumpulkan kuping kuping tersebut di dalam kotak emas
aku simpan di dalam peti
moga ia jadi kenangan di masa hadapan .


kalau dahulu aku menulis kerana emosi
dan kini menulis sebagai satu aktiviti tambahan
senaman untuk jari jari aku yang makin malas
dan kadangkala untuk insan insan tertentu
menulis menulis dan menulis
aku tak jemu , aku puas .

1 comment:

komen jangan tak komen