memori gopeng , perak .
tulisan untuk diri sendiri . dari hati naik ke minda lalu menggerakkan jemari menyusun kata yang seribu makna nya .
Monday, 17 October 2011
selingan --
hari demi hari mengoyak hati sendiri bagi membuang perasaan rindu dan kasih kepada kau . memaksa hati menerima hukum alam nyata . perihal darjat dan padan . hati yang terkoyak berdarah dan mula bercambah semula . seperti takkan habis walau diulang langkah . aku mula menangis . bukan kecewa cuma marah . pada hati yang tidak mahu menerima hukum dunia . perkataan rindu itu seperti bunga matahari yang berkembang setiap pagi . dan kadangkala seperti teratai yang terus mekar di tasik madu . lalu terpaksa aku akui , ikhlas aku memang rindu . bait kata kau , ketawa kau , senyum kau , gaya kau , semuanya semakin menggamit hati . dan aku mengoyakkan nya lagi . ya tuhan , kalau ini benar cinta manusia . aku sanggup tak memiliki cinta dunia . sakit menahan rasa , tidak mampu berkata kata . peliharalah aku dengan cinta kepada mu sahaja . dan melupakan dia yang bukan milikku . yang pasti takkan berlaku itu . hampa .
memori gopeng , perak .
memori gopeng , perak .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
komen jangan tak komen