Friday 19 October 2012

#keliru.

perasaan yang asing  yang datang dan pergi sesuka hati. aku tak pernah menghalang ianya datang cuma ada ketikanya aku merasakan kegusaran yang melampau kerana takmampu untuk menghalau rasa itu dari muncul lagi. malu rasanya menjatuhkan maruah untuk mencari kata kata semangat untuk membantu memilih jalan terbaik untuk mengadili rasa asing ini. bagaimana rasanya kalau rasa asing ini aku hantarkan teus kepada siapa ia sepaptutnya aku sampaikan. persoalannya mampukah aku? bersediakah aku seandainya apa yang bakal aku terima nanti tidak sama seperti yang terjadi di dalam mimpi mimpi yang pernah mengganggu waktu tidur aku? terlalu banyak yang mnjadi soalan sebenarnya. bukan sekadar soalan tehadap diri ku malahan terhadap dirinya juga. mampukah dia terima rasa asing ini dengan terbuka hati atau dia akan melompat terkejut lalu lari menghilang di dalam ramai .aku takmahu hilang seorang teman yang baik seperti dia. aku mahu terus berteman. terus bersama terus rasa gembira. walau sebenarnya dia hanya ada kadangkala tapi bagi aku itu sudah cukup. sungguh aku tak tipu.Ya Allah ,kau bantulah aku dalam membuat pilihan yang paling tepat. aku sungguh keliru Ya Allah.

No comments:

Post a Comment

komen jangan tak komen