Monday 26 November 2012

# khas.

manis sekali senyuman kau
ikhlas melambangkan bahagia
sempena graduasimu
aku lihat kau dari jauh
gumbira bergambar bersama teman teman
tapi aku tak daya untuk kesitu

disisimu ada si dia,
meletop rasa di dalam hati
bila ketikanya aku terlihat dia
dia yang cantik berbaju kurung maroon
setia menemanimu
ke sana ke mari
bersama kamera serta galaxy

bagaikan longlai seluruh tubuh
entah apa harus aku perkata
terasa kaki lemah untuk melangkah
hati meronta memaksa pulang sahaja
apa guna melihat kau beromantika

lalu fakta menampar aku
tersungkur aku menghadap kenyataan
kau bukan aku punya
aku bukan siapa siapa
pedih rasa ditampar kenyataan
sakit rasa menyungkur di kenyataan

aku langkahkan kaki yang longlai
menuju kau yang masih menunggu
bunga ku hulur lalu kau sambut
senyum kau mekar , menggamit aku
tapi aku takmampu , dia ada di situ
coretan kenangan di petik sama
sekeping dua , hasilnya nampak bahagia
tapi hati tetap menangis pedih

hadiah dan misi bertukar tangan , 
kau harus pergi , masa sangat mencumburui
dia mengekori kau , berlalu mengejar masa
aku terdiam tak mampu berkata ,
semoga waktu yang tentu kan segala
aku redha tak mahu berharap
tentuaan tuhan adalah yang tepat
ada nya kau juga sudah cukup nikmat
sebagai guru juga sahabat ,
aku syukur tak mahu tamak
terima kasih ya tuhan

semoga kau tak hilang rentak
melihat misi yang aku rencana
hanya nukilan seikhlas rasa
bukan mencanang cerita domba
semoga kau tetap yang sama
tak hilang rasa untuk berteman
tak jauh hati untuk menasihati
satu aku pinta dariMU tuhan
tetapkanlah dia di sisiku
sebagai teman atau apapun jua
asalkan dia sentiasa bersama

aku tak mahu tamakkan kemenangan ,
aku hanya tidak mampu untuk kalah  ,
akibat dari kehilangan
insan yang seperti engkau .







2 comments:

  1. I'm da one who cried after read this my dear.. be strong ok.. jgn lemah2.. u got me here~

    ReplyDelete
  2. thanks syg <3
    i hv promise myself i can do this :)
    so i'll make sure i can endure it till the very end.
    insyALLAH . pray for me syg :)

    ReplyDelete

komen jangan tak komen