sehingga terlupa apa itu ayah
mendengarkan suku kata itu dia kaget
tak mengerti seperti hilang daya imaginasi
bagi dia sukar untuk dia menemu jawapan
yakni dari dalam kamus sakti hidup dia .
yang dia faham
dia wujud atas kewujudan lelaki itu .
tapi apa dia ayah itu ? dia lupa makna nya
terlalu kecil pengetahuan nya tentang ayah
siapa ? apa ? di mana ? kenapa ? bagaimana ?
dia sukar menafsir jawapan
dia diam berfikir kalau kalau ketemu
tiada apa yang muncul dalam kotak minda
selain sesisip pengertian
ayah , lelaki yang hilang dari hidup dia sejak lama dulu
sejak dia berpisah dari perut ibu
diam diam dia tunduk fikir
dosakah dia ?
bila terlupa erti itu .
n/k : aku tak lupa tapi aku tak mahu engat .
No comments:
Post a Comment
komen jangan tak komen