Tuesday, 28 December 2010

28 DEC 1950

kasih ibu membawa ke syurga .

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN IBU-KU SAYANG

Saturday, 25 December 2010

aku tak mintak kau kapel dengan aku , lepas tue bawak aku jalan jalan sekitar msia . aku takmintak kau gantung gambar aku kat meja keje kau biar kau tatap ari ari . aku tak mintak kau masuk meminang bile cukup bulan time gaji kau masuk . aku tak mintak kau jadi kawan baik yg ikut cakap telunjuk aku . aku tak mintak kau dengar aku celoteh merepek pasal dongeng saudara datuk . aku tak mintak kau jadik seperti Brad Pit . aku tak mintak yang pelik pelik . aku cuma tak mampu lihat kau berlebih lebih bermesra mesra berkasih bersih dengan mereka . aku bukan primadona . aku bukan macam mereka . aku takmampu jadi mcm mereka . aku takmampu nak hadap semua . aku batak mengenal cinta . aku buta mengenal kasih . aku senak mendengar sayang . tapi bila aku lihat kau mesra mesra bekasih walau tak cinta , ambil berat tahu semua . aku tahu ada satu rasa yg datang tak semena mena . tolong , jangan kata ini cinta , kasih , sayang sbb aku elergi mcm kena kudis buta . hadoii , tapi ini serius aku tak suka . tolong jangan buat buat lupa . aku nak kau macam dulu . senang cerita senang terima tak gusar tak kesah . mana yg itu ? mana ?
paling aku benci kalau aturan - nya lembaplembu . nukilan habis isi melayang . hilang macam angin . memang sampah !

Thursday, 23 December 2010

kalau

asap kepul2 aku lepas ke udara. lepas satu habis terbakar , aku nyalakan yang lain . dada yang sesak dek kepulan naga itu aku buat tak endah .aku tenung jauh dalam siling dinding . fikirkan tentang manusia manusia . fikirkan tentang nusantara. fikirkan tentang duka . fikirkan tentang gembira . kalau lapang begini pasti kau yg menerawang masuk dalam corong minda aku . sungguh aku kusut . nukilan baru kau cinta ikan salmon yang kau selesaikan amat mencuit hati aku . siapa si istimewa dalam nukilan kau itu . kalau lah aku orang itu . aku tenung dalam dalam lagi siling dinding itu. kalau kau ini patung cendana , sudah lama aku relakan diri jadi maling . biar dapat aku sembunyi kau di balik pintu bilik . boleh aku bawak sekitar bandar ke sana sini . menunjuk nunjuk pada yg iri hati . semuanya kalau . kalau lah kalau itu bukan kalau .

Wednesday, 15 December 2010

iklan

well actually ,
i HATE u too .





p/s : jgn jadi stalker . itu amalan yg sgt xsehat .

aku bukan batak

kau semakin angkuh
semakin jauh
lagak kau seperti jaguhan yg agung
tapi tak apa
aku pun bukan nya batak
memang aku cinta
tapi aku juga tak buta
kau lari terus lari
aku takkan pergi , tetap disini
kalau kau lelah nanti
aku pasti ubati
jadi jangan takut
tak usah berhenti
teruskan dgn berani
selagi aku belum mati
takkan hati menafi kasih

Friday, 10 December 2010

debaran

sebentar lagi keputusan akan diumumkan . sesungguhnya ako sgt sgt berdebar . apakah akan baik atau sebaliknya . aku berserah ya tuhan ku .

Tuesday, 7 December 2010

malam untuk kau

ako duduk di kaki tangga
menikmati tenangnya malam
menikmati indahnya bintang
menikmati cantiknya bulan
menikmati nyamannya tiupan

untung rasanya hidup di desa
semuanya masih dara
hutan nya , malam nya , angin nya .
tak ada yang ternoda

kala ako tatap indah malam
yang terbayang hanya kau
apa kabarmu disana
sudah santap kah dikau
sudah solat kah kau
keluh berat terlepas lagi

bukan mahuku mangingati kamu
bukan inginku rindui kamu
ako juga tak mahu perasaan ini
biar kasih aku abadi
kau tetap takkan termiliki
aku akur

malam semakin pekat
waktu semakin telat
katil menanti penghilang penat
moga kau larut dlm mimpi


macam macam

org buat blog , ako nk buat blog .
org bertambah follower ,
ako plak berkurang follower .
HAHAHA

sebbaek ako menulis suka2
so cool aja :)

Monday, 6 December 2010

1432 HIJRAH


salam awal muharam untuk semua. waktu berjalan dgn sangat pantas sekali tanpa menunggu insan . kalau new year di smbut dengan girang meletup letup , apa slahnye awal muharam ni sambutla dgn caranya .
rasenye cukup kalau kita dapat membaca yasin dihujung waktu asar dan selepas maghrib . kemudian xlupa jugak bace doa akhir tahun pada selepas asar . dan bace doa awal tahun selepas solat maghrib.

bagi diri aku sendiri , ako berharap pada tahun ini , ako akan memperbaiki diri . dan ako berdoa kpd - NYA . muga ako dapat melupakan semua yg dah berlalu dan ako dapat membina kehidupan yang baru tanpa semua lagha2 yang banyak membantut sebelum ini .

AMIN YA RABBAL ALAMIN .

Sunday, 5 December 2010

:)

senyum seindah suria .

Friday, 3 December 2010

love in the air

" Hai cinta hati. Hati saya dah lama saya tinggakan pada awak. Awak tau tak. Mesti awak tak tau kan. Ye la sape je la saya ni kan. Memang dah lama tengok awak sebenarnya. Maklumlah rasa nak suke tu tibe-tibe je datang kan."

aku petik ayat mistik dari page amir shahril ni ketika aku melepak di page beliau pagi ni. haishh , menarik ayat yg di karang sampai buat aku terpikir , andai aku labuhkan ayat tue di page aku dan aku dedikasi kan pada si dia atau mungkin aku labuhkan ayat tue di wallpage dia aje ? maksudnye aku sedang mencarik maut . memetik ayat yang aku penah bagi pada seorang kawan. melafazkan cinta pada arjuna seumpama mendaftar masuk menjadi ahli sarkas . menghibur tanpa diendahkan hati sendiri sedang berduka atau kecewa. memuaskan tanpa dapat balasan. benar atau tidak anda nilaila sendiri . tapi sungguh aku takut. tapi hati yg terjatuh belum dapat diselamatkan. cinta hati yang sy tiggalkn hati saya sgt tdk bisa saya dekati . kini hati-ku tertinggal pada si cinta hati . saya harap awak takkan buang hati tue ye . bia je hati tue kat situ k ? saya harap awak hepi selalu . <3





atas

sesakali angkat kepala
dongak ke langit
pedih mata bertentang matahari
tak mengapa kawan
asalkan kau sedar
kau masih berpijak dibumi tuhan
kau masih di bawah
kau masih belum capai langit
kau masih takot pedihnya mentari
dan yg paling besar
kau pasti akan tahu
masih ada di atas itu yg memerhati

Thursday, 2 December 2010

hari bersamanya - so7

Hati ini tlah terganti, tapi tak ku hindari
Tibalah saat ini ku bertemu dengannya
Jantungku berdegup cepat
Kaki bergetar hebat

Pantaskah aku ulangi merusak harinya

Mohon Tuhan untuk kali ini saja
Beri aku kekuatan untuk menatap matanya
Mohon Tuhan untuk kali ini saja

Lancarkanlah hariku
Hariku bersamanya
Kau tahu betapa aku lemah dihadapannya
Kau tahu betapa lma aku mendambakannya

hari bersamanya - so7



ako suke mcm nk mati kat lagu nie ! :)
dedikasi khas tuk bek-as && mka