Tuesday 12 July 2011

pengabisan .

kisah menunggu sudah lapuk , disturbia tentang dia semakin memuncak . notifikasi yang di nanti seperti tidak akan keluar . nah , baru aku tahu seksanya menunggu . dia seperti sudah faham enigma dalam hati aku , ironi nya respon yang diberi tidak seperti yang aku damba . sudah aku pesan dgn diriku jangan memuja langit biru . takkan dapat aku gapai , dalam mimpi pon takkan jadi . dia nampaknya semakin dingin menjauh . hati airbatu nya semakin ketara cuba membuang kehadiran aku . lantas aku bisa berfikir dengan lebih nyata dia memang takkan aku empunya. lalu aku pon boleh mula mengorak langkah dan mula mengasingkan isi isi hati aku . aku pilih semua yang berkaitan dia dan akan aku simpankan baik baik di dalam peti besi di bawah ranjang . kalau separa hati aku hilang , aku takkan kaget terdiam , hatta itu buktinya cinta aku bukan auta . dan kala ini kalau dia membaca , harus aku katakan kepada dia bahawa aku bersyukur mengenal dia . aku tahu aku takkan berupaya memiliki tapi aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia . dia yang sentiasa aku tunggu dalam lena dan jaga .

No comments:

Post a Comment

komen jangan tak komen