Friday 29 July 2011

rasa masa itu

kau datang pasti membawa luka luka yang lama
luka yang suka kau palitkan pada aku
hanya aku .

salah yang kita tingkah bersama
semua kau campak pada aku
berkat sabar aku terima
biar hati mendidih derita.

dendam yang kau kaitkan pada aku
makin dalam , makin merah warnanya
dan aku diamkan hingga hujungnya

hari ini aku takmahu lagi terluka
aku tak mahu lagi dicerca
aku hanya mahu kau tahu
yang semua ini bukan niat kita
dari awal aku tak pernah duga
dari awal aku tak pernah mereka-reka
aku benci untuk kembali ke masa lalu
aku benci untuk mengulang itu .

No comments:

Post a Comment

komen jangan tak komen