Thursday 31 March 2011

kain putih

seperti yang selalu di ura ura kan , kehidupan diumpakan seperti sehelai kain putih dan kita yang bakal mencorakkannya maka itu , kita lukiskan warna warna kehidupan yang separuh dari nya kita gelarkan kenangan . dan dalam separuh itu adanya kenangan pahit masam manis dan yang lain mengikut deria rase masing masing . warna yang aku telah pilih untuk aku gune sebelum ini agak malap membuatkan catitan sejarah kehidupan aku tak gemerlapan , namun begitu untuk memadam kesan yang ditinggalkan oleh warna warna tersebut agak sukar walau dah dibiarkan berhujan berpanas sekalipun . aku percaya ini kerana warna yang aku gunakan seperti telah sebati dengan kain yang aku bawa dalam kehidupan aku . maka itu , aku agak sangsi untuk menindihkan sisa sisa warna yang tinggal itu dengan warna yang lain khuatir jika warna nya bertambah sumbang atauu mungkin akan comot sehingga menggangu warna yang telah sebati itu . namun begitu , aku tetap tak mampu untuk membuang terus kesan warna tersebut daripada kain yang aku bawa . hatta kerana warna itu sebati juga kerana aku sendiri masih belum bertemu kaedah yang paling sesuai maka aku biarkan warna itu melekat disitu . kelihatan agak mencacatkan perihal kain yang aku bawa tapi aku hargai kesan yang ditinggalkan . 1 tanda yang punya seribu tandatanya , sejuta rasa , segunung harapan selaut gambaran dan selangit cerita.

No comments:

Post a Comment

komen jangan tak komen