semua yang di sekeliling aku
semuanya berkata kata bercerita panjang
tentang pelbagai tapi aku bagai tak mendengar
di mana aku ?
melangkah mendapatkan sesuatu
diiringi janji janji manis
dan helah pujukan yang melalaikan
menjadi magnet membawa aku ke situ
tertipu kah aku ?
kawan yang bersama sedang ketawa
bersama sama mengumpul idea
tapi aku seperti terasing oleh tembok tembus cahaya
suara aku hanya tenggelam
mengapa dengan aku ?
jalan ini semakin penuh duri duri halangan
jalan ini semakin sempit
jalan ini semakin sukar untuk aku lalui
benar kah aku di jalan yang benar ?
No comments:
Post a Comment
komen jangan tak komen