Sunday 9 December 2012

#kadang aku taktahu

terima kasih tuhan
kau pinjamkan lagi dia untuk aku
kau berikan dia ketenangan hati
untuk menghadapi insan y seperti aku
kau bagikan dia hati yang lembut
untuk melayan
kerenah insan yang seperti aku
aku rasa bersemangat untuk melangkah
ada mereka  , ada dia
ampunkan aku tuhan
jikalau aku ter alpa
jikalau aku terlupa
siapa aku sebenarnya
aku mohon tuhan
kau tetapkanlah hati ini
pada yang benar
agar hati aku tak terkeliru menilai
agar hati aku lebih mahu mendengar
agar hati aku tidak lagi mengikat dia
agar hati aku tidak lagi membebankan dia
aku mahu dia tenang
aku mahu dia senang
aku mahu dia lapang
tanpa insan yang membebankan
seperti aku ini .
berikan aku kekuatan tuhan
untuk tidak lagi menyedut semangat daripada dia
izinkan aku tuhan membina kekuatan sendiri
berikan aku tuhan
semua zarah tenaga yang dulunya hilang
aku tak sanggup lagi jadi insan bermuka tebal
berikan dia bahagia tuhan
berikan dia gembira tuhan
dengan membawa hati aku jauh
daripada membebani dia 

No comments:

Post a Comment

komen jangan tak komen